Wednesday, July 04, 2018

Kek Mentega Pelangi



Kek Mentega Pelangi, okei Kak Wan masih ada lagi kek sedap dan ringkas untuk di kongsi,, pasti ramai yang suka, ceria dan seindah pelangi di Aidilfitri ..:D  Berseri-seri hidangan Kak Wan kali ni, semuanya pelangi, biskut pelangi dan tart pelangi ,,

Kek mentega yang berwarna warni menyerikan meja hidangan, menarik minat untuk sesiapa saja untuk menikmatinya, penyediaannya yang mudah dan ringkas, rasa kek yang lembut dan enak dengan mentega tulin tapi boleh juga menggunakan marjerin seperti Daisy kerana rasanya tak kurang sedapnya dan lebih asli untuk rasa kek yang lebih tradisi ,,

Kak Wan menggunakan loyang Bundt untuk kek mentega pelangi, untuk mendapat lapisan seperti gambar, adunan yang di beri pewarna tu masukkan dalam piping bag dan tindihkan berselang warna oke guna 6 warna pelangi, ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah .. haa menarikkan, untuk parti harijadi kanak2 juga sesuai, taburi dengan manik2 bewarna untuk mood yang lebih kalerful dan ceria :D
 Kek Mentega Pelangi
...