Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Info Bahan Masakan

Jenis Whipping Cream dan Kegunaan



Masih keliru dengan kedua cream ini?  Non Dairy dan Dairy Whipping Cream.

Terdapat 2 jenis whipping cream yang sering di guna dalam penyediaan topping dan filling kek dan dessert, whip cream dari sumber bukan tenusu (non-dairy) dan whip cream dari sumber tenusu (dairy) ramai yang masih keliru dengan kedua whip cream ini kerana kedua-duanya di panggil whipping cream (krim putar).

Ia mempunyai fungsi yang sama iaitu digunakan dalam penyediaan continental cake, dessert, ice-cream, topping dan filling.  Brand seperti Value Pride, Richs, Presto, Golden Peak boleh di dapati di Pasaraya dan Kedai Bekalan Bakery di Malaysia.  Secara ringkas perbezaan antaranya adalah dari segi kandungan bahan, cara kegunaan dan penyimpanan.

WHIPPED CREAM - Non Dairy

  • Dikenali juga sebagai ( Non Dairy Whipping Cream @ fresh cream @ whip topping for cake and pastries @ whipped topping )
  • Adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek.
  • Ia dirumus drpd minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu.
  • Ini menjadikan ia lebih stabil,maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya.
  • Ia akan kembang 3-4 x ganda dari kuantiti cecair asalnya jika diputar.
  • Jadi jangan dituang lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda.
  • Ia juga menghasilkan kuantiti yang banyak.
  • 1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci.
  • Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati.
  • Kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer.
  • Putar pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu.


P/S:
Selalunya krim jenis ini sudah ada perasa gula,jadi apa yang perlu anda lakukan colek sedikit rasa kemanisannya. Jika tak cukup manisnya maka boleh tambah gula halus dan putar.
Jangan terlebih putar kerana ia akan menghasilkan krim yang kasar dan sukar untuk dilepa diatas kek.
Cukup memadai jika ia kembang,gebu dan likat.
Jika terlebih putar,masukkan sedikit krim ( yang masih dalam bentuk cecair ) ke dalam krim yang terlebih putar tadi.

Putar ia pada kelajuan perlahan hingga krim menjadi lebih cair dan halus. ( bukan terlalu cair tapi cair sedikit drpd keadaan krim yang terlebih kental tadi )

Mewarna

  • Krim jenis ini boleh diwarna sebaik sahaja diputar hingga kembang dan gebu.
  • Ambil sedikit pewarna cecair @ serbuk dan kacau dengan perlahan sudu bagi kuantiti yang sedikit.
  • simpan dalam peti sejuk sebentaruntuk mematangkan warna .
  • Krim yang diwarnakan akan dibiarkan semalaman @ beberapa jam warnanya lebih terang dan cerah berbanding jika digunakan terus.
  • Ini dapat mengelakkan kita dari terlebih letak pewarna dan penambahan cecair dalam krim.
  • Ia juga akan lebih mudah digunakan selepas dibiarkan dalam peti sejuk.
  • Cara Menyimpan
  • Krim yang telah diputar sebaiknya disimpan selama sehari dalam peti sejuk.
  • Keesokkannya boleh digunakan untuk menghias cupcakes @ kek.
  • Supaya anda dapat krim yang mantap @ juga boleh terus digunakan selepas diputar.
  • Bergantung pada jenama krim yang digunakan,kebanyakkannya boleh tahan 6 bulan setelah diputar hingga gebu.
  • Simpan dalam bekas kedap udara di dalam freezer.
  • Jika simpan dalam bentuk cecair boleh tahan selama 1 bulan selepas di buka.
  • Simpan dalam pembeku.
  • Tapi seeloknya tanya pada si penjual dikedai bakery supplier untuk keterangan yang lebih tepat.
  • Jika tertera perkataan "for topping","whip topping" @ "non dairy" ia sesuai digunakan untuk hiasan dan filling.
  • Harga di pasaran RM10-RM12 bagi 1liter.
  • Ia bergantung pada tempat



1. Whipping Topping Cream atau di panggil Non-Diary Whip Cream


Kandungan : Minyak Kernel Sawit, Sirap Jagung (baca bahan pada kotak) tiada kandungan lemak dari susu
Tekstur : Mudah kental apabila di pukul mengembang 2 x ganda, rasa manis

Kegunaan : Sebagai Topping dan Filling untuk kek continental seperti Black Forest, Fruit Flan, Banana Choc dan lain-lain.

Kaedah Penyimpanan : Simpan di tempat beku (Freezer), tahan 1 bulan selepas dibuka
Jenama di Pasaran : Rich's, Shine Road, Value Pride, Golden Peak

Dimana Saya boleh mencarinya ? :  Dikedai-kedai Bekalan Bakery, di Pasaraya jarang di dapati.


2. UHT Whipping Cream atau di panggil Dairy Whipping Cream @ Double Cream @ Thickened Cream


Kandungan : Pepejal susu

Tekstur : Lebih pekat dari susu segar (UHT full cream milk) tidak mengembang apabila dipukul, Rasa tawar

Kegunaan : Sebagai bahan campuran dalam membuat Cheese Cake, Tiramisu, Mousse, Dessert, Ice-cream dan Ganache (tidak sesuai untuk topping kek)

Kaedah Penyimpanan : Simpan dalam peti sejuk (Chiller) tidak perlu dibekukan, tahan 1 minggu selepas dibuka.

Jenama di Pasaran : Anchor, Emborg, Pauls,Shani, Greenfields, Bridel
Dimana Saya boleh mencarinya ? :  Dikedai-kedai Bekalan Bakery dan Pasaraya juga boleh di dapati.

Kredit :  Blog Masam Manis

2 Comments