Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Agar-Agar and Pudding

Jenis Agar-agar dan Sukatan Air


Jenis Agar-agar dan Sukatan Air
Ada tiga jenis agar-agar di pasaran, iaitu agar-agar serbuk, agar-agar panjang (tali) dan juga agar-agar segera (Instant Jelly).


Agar-agar Serbuk
Agar-agar serbuk biasanya dijual dalam paket 13gm dan 25gm.  Datang dalam bentuk serbuk putih tanpa pewarna atau perasa.  Untuk mendapatkan agar-agar yang sempurna kerasnya dan tidak berair, setiap sukatan untuk 1 paket agar-agar serbuk 25gm adalah 1500ml (1.5 liter) cecair iaitu air sahaja atau campuran (air, susu atau santan).  Manakala untuk mendapatkan agar-agar yang lebih lembut tambahan cecair tidak melebihi 2500ml (2.5 liter) Agar-agar serbuk mungkin ada yang berlainan jenis, setengahnya telahpun dicampurkan dengan pewarna, jadi seelokknya baca arahan dan ikut sukatan pada bungkusannya.

Agar-agar serbuk mudah larut di dalam cecair, ia di masuk dan dilarutkan di dalam air sebelum di didihkan dan bukan memasukkannya ketika air telah mendidih.  Hasilnya juga lebih elok dari agar-agar tali.


Agar-agar Tali (Strips Agar-agar)
Agar-agar bertali biasanya dijual dalam paket plastik panjang dan digunakan sebelum adanya serbuk agar-agar.  Ada saiz paket seberat 12gm, 24gm dan 30gm.  Agar-agar jenis ini perlu di rendam dalam air biasa terlebih dahulu untuk melembutkannya selama 3-4 jam sebelum di masak hingga larut.

Bagi mendapat imbangan air yang betul, satu sukatan agar-agar tali 25gm yang direndam kembang gunakan 1300ml - 1400ml sukatan cecair dan pastikan agar-agar di masak hingga larut sebelum dimasukkan gula.

Agar-agar Segera (Instant Jelly)
Agar-agar segera datang dalam dua bentuk, satu dalam bentuk serbuk putih, tiada pewarna dan gula dan satu lagi datang dengan pewarna dan perasa. 

Agar-agar segera tanpa pewarna biasanya dijadikan campuran dalam membuat kastad, mousse atau glaze untuk kek dan pudding.  Di gunakan sedikit sahaja dalam campuran kastard untuk menjadikan tekstur puding, mousse atau kek yang berkastard lebih keras,  tidak lembik dan senang dipotong.  Kek Pandan kastad atau Kek Keladi kastad biasanya menggunakan instant jelly jenis ini dalam penyediaan kastadnya.


Manakala agar-agar segera dengan pewarna dan perasa di jual di dalam paket atau kotak dan datang dengan perasa seperti pandan, rose, orange, strawberry  dan dengan pewarna seperti hijau, merah dan kuning.  Agar-agar segera lebih lembik berbanding agar-agar,  sesuai untuk menyediakan pudding seperti triffle, glaze untuk kek atau mousse.  Jeli segera yang telah mengandungi campuran gula, perasa dan pewarna, hanya perlu menjerangnya dengan cecair sahaja mengikut sukatan pada kotaknya. 

Untuk mendapatkan testur yang lebih keras, kurangkan sukatan air dalam agar-agar segera atau mencampurkanya  dengan sedikit serbuk agar-agar untuk mengeraskannya.

*** Kebanyakan di paket atau kotak agar-agar telah di sediakan sukatan cecair dan gula, baca dan ikut arahan yang tetera pada paketnya.

Author :  Kakwan

9 Comments

  1. kak wan...terima kasih bebanyak tentang tips ni.....sungguhla membantu......selalu kita sukar nak agak kandungan air jika bertukar2 recipe.....:)caaaaaaaaaaaaayang kak wan.....kak yang bernombor 1...:)

    ReplyDelete
  2. Terimakasih banyak2 diatas maklumat yg berguna ni, memang amat membantu terutama untuk orang macam saya yg baru nak berjinak2 di bidang masakan.

    ReplyDelete
  3. Apa beza fungsi agar-agar dan gelatin?

    ReplyDelete
  4. Norasikin@fungsinya sama saja mengstabilkan tekstur kuih.. gelatin lbih lembut dr agar2

    ReplyDelete
  5. tq.... teramat sgt membantu;)

    ReplyDelete
  6. Terimakasih banyak2 diatas maklumat yg berguna ni, memang amat membantu terutama untuk orang macam saya yg baru nak berjinak2 di bidang masakan.

    ReplyDelete
  7. Radang Paru-paru Copd.

    Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
    Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    ��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    ��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring

    ReplyDelete
  8. Boleh saya tye tak.. apa bezanya instant jelly dgn agar2 jepun.. adakah fungsi kedua2 ni blh buat kueh & puding yg sama juga.. tq😊😊

    ReplyDelete