Wednesday, July 04, 2018

Kek Kelapa Hujan Panas



Kek Kelapa Hujan Panas, baunya harum semerbak apabila di bakar, cantik apabila di potong dengan taburan kelapa kering warna warni di dalamnya,  Resipi dulu-dulu yang nostagia, mak mertua selalu buat kek ni setiap hari raya tapi lama dulu, dah lama tak buat, keinginannya nak makan tu di sampaikan pada Kak Wan ,, jadi lebaran kali ini kak wan buat istimewa untuknya ,,
Kek Kelapa Hujan Panas menggunakan kelapa kering yang di beri pewarna, titikan warna pilihan dan gaul hingga warnanya sebati.  Adunan asasnya pula dari kek mentega, tambahan kelapa mewangikan lagi rasa kek.
Alang-alang buat kek kelapa hujan panas, Kak Wan temannya dengan biskut kelapa lagenda yang cair di mulut dan biskut samperit bunga cina kegemaran sepanjang masa, hati pun jadi cair melihat keseronokan keluarga menikmati juadah hari raya terutama mak mertua hajatnya kesampaian untuk makan kek dan biskut kegemarannya.

Kek Kelapa Hujan Panas
...