Kek Pisang Moist, ramai yang suka kek pisang kan,, resipi sukatan cawan ni bukan saja enak lembut dan lembap membuatnya juga cukup ringkas tak perlu susah-susah cari mixer, masuk je dalam pengisar sekali press dah siap dan boleh bakar ,, cepat nya :D
Apa yang menarik dengan kek pisang ni, walaupun kebanyakan resipi hampir sama adalah penggunaan jus lemon di dalam adunan. Selepas di bakar permukaan kek menjadi merelit dan berkilauan, mungkin juga asid dalam lemon memecahkan sebatian minyak menjadi lebih jernih dan berkilau ,, harap betul la teori kak wan ni hihii,,
Satu saja kelemahan kek ini, ia perlu di habiskan segera jika atasnya di letakkan dengan hirisan pisang sebagai hiasan, mungkin boleh bertahan 2-3 hari saja, selepas itu ia mudah berkulat, tapi jika mahukan ia tahan lebih lama jangan di letak hirisan pisang biarkan ia polos begitu saja. Kak wan lebih suka letak hirisan pisang kerana terasa keenakkan gigitannya lagi pun tidak perlu kek seenak ni di simpan lama kannn :)
Kek Pisang Moist