↑ Iklan, Promosi dan peraduan dipaparkan diatas

.

Thursday, September 8, 2011

Perbezaan Tepung Gandum (Multipurpose) dan Tepung Cookies (Red Rose)

....


Assalamulaikum pekabar sume? masih dalam suasana dan mood raye kan,, tuu haa ada lagi dok selongkar dapur K1 carik resipi biskut raye mungkin ada yang  tak sempat nak sediakan biskut  masa raye    ... ini pula soklan-soklan yang sering ditanya pada K1 bila nak wat biskut rasanya ramai yang masih keliru dengan tepung ni walaupun K1 dah jelaskan dengan panjang lebarrr nye kat PANDUAN DAN TIPS ada baca tak? Aaa,, tak baca tenguk gambar jee waduhhh camni  sia-sia laa K1 dok karang panjang lebar..

Soalan-soalan yang sering ditanya :

1.  Apakah bezanya Tepung Biasa dengan Tepung Cookies ?

K1 :  Kedua-dua tepung ini adalah dalam kategori tepung gandum (seperti juga mentega dan majerin dalam kategori lelemak), perbezaanya tidak ketara hanya dari segi kualiti, tepung cookies (tepung rose) adalah lebih baik dan di buat khas untuk biskut/cookies.  Tepung cookies telah ada campuran tepung jagung di dalamnya, lebih ringan dan halus dari tepung gandum biasa.  

Manakala tepung gandum biasa (multipurpose) perlu ditambah dengan lain-lain tepung perangup seperti tepung jagung, tepung kastard, tepung kentang dsbnya.  Harga tepung cookies sudah tentu lebih mahal dari tepung gandum biasa kerana kualitinya.

2.  Dimana saya boleh membeli Tepung Cookies ?

K1 :  Setahu K1, tepung cookies jarang di dapati di pasaraya atau tiada langsung.  Carilah di kedai-kedai bekalan bakery yang berdekatan.  Sesetengah kedai melabelnya sebagai Tepung Cookies, Tepung Biskut dan ada yang melabelnya sebagai Tepung Red Rose@Rose (Red Rose adalah jenama bagi tepung cookies).

3.  Bolehkah saya mengantikan Tepung Red Rose dengan Tepung Biasa dalam menyediakan Biskut ?

K1 :  Sudah tentu boleh, kedua-kedua tepung tiada masalah dalam menyediakan biskut.  Sebelum adanya tepung cookies pun memang kita menggunakan tepung biasa saja.  Mencampurkan kedua-dua tepung ini juga boleh.

4.  Bagaimana hasilnya jika menggunakan Tepung Cookies dari Tepung Biasa ?

K1 :  Sepertimana yang kita maklum, bahan yang berkualiti sudah tentu hasilnya lebih baik dari yang kurang berkualiti.  Biskut yang dihasil dengan tepung cookies lebih ranggup dan ringan dari menggunakan tepung gandum biasa serta lebih tahan lama.  Bagaimanapun bukan bermakna tepung biasa tidak boleh digunakan anda hanya perlu memilih yang berkualiti dan mahal atau kurang berkualiti tetapi murah.  Sebagai peniaga K1 lebih utamakan kualiti produk yang dihasilkan...

Ambil contoh menggunakan mentega dan majerin walaupun kedua-dua dalam kategori yang sama tetapi tetap ada perbezaan dari segi rasa, tektur dan ketahanannya.

5.  Bolehkan menambahkan lain-lain tepung perangup di dalam tepung cookies ?

K1 :  Ya. Boleh menambah lain-lain tepung perangup dalam tepung cookies tetapi ikutlah sukatan pada resipi.  Dengan Nisbah 3:1 iaitu melebihkan tepung cookies dari tepung perangup.

6.  Perlukah mengurang atau menambah sukatan jika mengantikan tepung gandum dengan tepung cookies ?

K1 :  Tidak perlu, ikutlah sukatan gandum yang diberikan dalam resipi tidak kira jika menggunakan tepung gandum biasa atau tepung cookies.  

7.  Apakah perbezaan Tepung Jagung dan Tepung Kastard ?

K1 :  Dalam menyediakan biskut, kedua-dua tepung ini digunakan sebagai tepung perangup dan penambah perisa.  Perbezaan ketaranya, tepung jagung tidak berwarna manakalah tepung kastard memberi warna dan aroma pada biskut.  Biskut yang dicampur dengan tepung jagung saja, tepung kastard saja atau kedua-duanya atau lain-lain tepung perangup akan menambahkan keranggupan pada biskut.  Lain-lain tepung yang dijadikan campuran seperti tepung kentang, tepung ubi, tepung beras, tepung sagu, tepung susu, tepung suji dsbnya tetapi dalam kuantiti yang lebih sedikit dari tepung gandum.

8.  Bolehkan Menggunakan Tepung Roti untuk membuat biskut ?

K1 :  Sapa-sapa yang tanya soalan ni memang nak kena hempoklaa hee hee... Tepung roti spesel tuk roti, buns campuran dalam doh pau atau donat hehh heeh..  

Sekian wassalam, kalau ghajeen K1 sambung lagi... info yang lain-lain tu bacalah kat Panduan dan Tips yaa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

###

Mereka juga handal! xD

My Cyber Friends

Busan? xD

Pss.. Busan? xD

Bosan tak? jom main NyanNyan game ,klik
Play!

Mainacakes

DISLAIMER

Ehem ehem..DISCLAIMER

Sebarang penyalinan semula kedalam blog adalah dibenarkan dengan keizinan dan perlu menyatakan sumber yang diambil sebagai tanda penghargaan. Sebarang penerbitan secara bercetak untuk tujuan komersial adalah tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran dari penulis.


Segala gambar dan teks yang ada didalam blog ini hasil daripada penulis blog citarasawan(kakwan) kecuali disertakan sumber yang diambil.


HakCipta Terpelihara




©Awesome'kan blog Bisnes anda di :

  ©Tempah blog bisnes anda di : .

^ Naik Atas