Timun Betik, ada tak yang tak kenal dengan buah ni? K1 pun tak tau gak apa namanya kat tempat lain. Buah ni selalu K1 beli jika melalui jalan Macang,, tak selalu jumpa pula kat tempat lain.
Buah timun betik rasanya cam species cucumber ..Giant cucumber kot hee heee.. di panggil timun betik tu mungkin kerana bentuknya macam buah betik tetapi rasanya pula macam buah timun. Jika makan begitu saja buah ni x der taste tapi bila dah dicampur dengan susu atau santan dan sirap gula melaka walaawei the taste and the aroma come out together, wangi buah ni hanya yang sukakannya tau betapa sedapnya buah timun betik..
Buat jus pun sedap, ada sesapa yang ada idea nak pelbagaikan buah ni ?? ,, K1 hanya tau makan dengan susu segar saja...
Resipi : Timun Betik dan Jus Timun Betik
Tags
Minuman