728x90 AdSpace

  • Latest News

    Saturday, July 31, 2010

    Jenis-Jenis Tepung dan Kegunaannya

    Flour

    Jenis-Jenis Tepung dan Kegunaannya
    Ada pelbagai jenis tepung di pasaran dan setiap jenis mempunyai fungsi yang berbeza dalam penyediaan kuih muih, kek, pastri, biskut atau roti.  Oleh itu perlu bagi anda memahami jenis-jenis tepung yang hendak di gunakan bagi memastikan anda mengunakan jenis tepung yang betul dan mendapat hasil yang memuaskan.



    Tepung High Protein (Tepung Roti)
    Di kenali sebagai tepung roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi.  Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik)  pada roti apabila di uli.
    Kegunaan :  Produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut


    Tepung Low Protein (Tepung Kek / Superfine)
    Di kenali juga sebagai tepung kek atau tepung Superfine, tepung jenis ini mempunyai kandungan protein yang rendah, lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri.
    Kegunaan :  Produk-produk pastri seperti kek, kulit tart dan pai.


    Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)
    Juga sejenis tepung kek tetapi kandungannya telah di campur dengan serbuk penaik dan soda bikabonat jadi tidak perlu menambahkan lagi serbuk penaik.
    Kegunaan :  Produk-produk pastri dan kek



    Tepung Red Rose (Cookies Flour)
    Tepung red rose atau di kenali dengan tepung cookies.  Kandungan tepungnya telahpun di campur dengan tepung jagung dan bahan perangup.  Tepung jenis ini lebih halus dan ringan dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut.  Tepung ini juga boleh di tambah dengan tepung kastard, tepung jagung, tepung ubi dan perangup biskut mengikut sukatan pada resipi.
    Kegunaan :  Produk-produk pastri dan biskut


    Tepung Serbaguna (All Purpose Flour)
    Tepung ini banyak di dapati di pasaran dan harganya lebih rendah seperti cap wau, cap kunci dan cap sauh.  Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.  Tepung jenis ini perlu di tambah dengan serbuk penaik dan di ayak 2 atau 3 kali jika ingin membuat kek atau pau.
    Kegunaan :  Semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.


    Tepung Hongkong (Waterlily Flour)
    Tepung jenis ini lebih halus dan putih amat sesuai untuk membuat kek lapis dan pau kerana menjadikan tekturnya lebih lembut.
    Kegunaan :  Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih muih


    Tepung Hoen Kwee
    Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding.  Boleh di dapati dalam paket-peket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
    Kegunaan :  Kuih-muih dan puding.


    Lain-lain Jenis Tepung
    Antaranya ialah Tepung kastad, Tepung Jagung, Tepung Kentang, Tepung Sago, Tepung Susu.  Kesemua jenis tepung ini biasanya di gunakan sedikit sahaja sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.  


    Psss.. biasanya setiap kali kakwan buat biskut, kakwan akan gunakan tepung red rose, walaupun iainya sedikit mahal dari tepung lain, tapi ia lebih baik dan berkualiti..


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    23 comments:

    1. Assalamualaikum Kak Wan,

      Kat sini takde jual tepung red rose...so, sy nak kena gantikan dgn tepung aper?

      Thank u :)
      Anie (Hamilton-NZ)

      ReplyDelete
    2. Assalamualaikumwbh....

      Waaaaaaaaa....bestnyer Kak Wan ni.....I guess this one is answering all out of my only one question.....
      best best.....:)

      Terima kasih kak.....

      ReplyDelete
    3. Anie(Hamilton NZ)@guna tpg biasa atau multipurpose flour pon boleh, red rose tu jenama bagi cookie flour setengah bungusan di tulis cookie flour ...

      ReplyDelete
    4. salam sya nak tanya...kalu nak buat biskut...dlm resepi kena gua tepung gandum.....tp kalu kita gantikn tepung gandum kepada tepung cookies...blh ker....

      ReplyDelete
    5. Amy@kedua2 tpg boleh dgunakan,, tpg cookies mmg khas utk semua jnis biskut,, tpg ni lbih halus dn kdungannya tlh dcmpur bhn perangup dan tpg jagung..

      ReplyDelete
    6. Kak wan, apa beza tepung hong kong dengan tepung pau?

      ReplyDelete
    7. sama saja, tpg hong kong juga dipanggil tpg pau, teksturnya lebih halus dan putih dari tpg biasa ...

      ReplyDelete
    8. salam kak wan,kt tmpt sy xde tepung hoen kuee..tepung ape yg sy boley gune utk gntikan tepung hoen kuee?

      ReplyDelete
    9. tpg hoen kwee bleh juga diganti dgn tpg kacang hijau..

      ReplyDelete
    10. Salam kak wan..lama dah sy m'cari2 info pasal tepung ni..best la dah jumpa.maklum saje sy br nk berjinak wat keje2 baking nih..nak minta izin kak wan tempek info ni kt blog sy.

      ReplyDelete
    11. Salam Kak Wan, kalau saya nak tambahkan tepung jagung atau tepung kastard pada sukatan tepung gandum untuk membuat cookies, berapa nisbah antara tpg jagung dengan tpg gandum ye?

      ReplyDelete
    12. Asz Miza@nisbh tpg utk cookies 3:1 3 bhgin tpg gandum 1 bhg tpg jagung/kastard,, cuba perhatikan resipi cookies jnis2 tpg ini hnya dguna sdt sahja sebagai peragup..

      ReplyDelete
    13. salam..kat tmpt saya susah nak dpt tepung roti..blh x guna tepung gandum dan kn campur ngn apa utk smkan dgn tepung roti..

      ReplyDelete
    14. Akuamy@tpg roti(high protein) x sama dgn tpg gandum biasa (multi purpose/low protein) tpi tpg biasa boleh dguna utk membuat roti dgn menambah double action baking powder bgaimanapun hasil rotinya cpt mengeras... tpg roti juga d label sebagai high protein flour cri di kedai bekalan bakery krn d pasaraya jarang didapati... harp membantu...

      ReplyDelete
    15. K1 minta izin copy paste ye dalam blog saya...

      ReplyDelete
    16. K1 minta izin copy paste ye dalam blog saya...

      ReplyDelete
    17. Akuamy@tpg roti(high protein) x sama dgn tpg gandum biasa (multi purpose/low protein) tpi tpg biasa boleh dguna utk membuat roti dgn menambah double action baking powder bgaimanapun hasil rotinya cpt mengeras... tpg roti juga d label sebagai high protein flour cri di kedai bekalan bakery krn d pasaraya jarang didapati... harp membantu...

      ReplyDelete
    18. salam..kat tmpt saya susah nak dpt tepung roti..blh x guna tepung gandum dan kn campur ngn apa utk smkan dgn tepung roti..

      ReplyDelete
    19. Anie(Hamilton NZ)@guna tpg biasa atau multipurpose flour pon boleh, red rose tu jenama bagi cookie flour setengah bungusan di tulis cookie flour ...

      ReplyDelete
    20. terima kasih kak atas info tepung ni...dah lama berlegar-legar dalam kepala akhirnya bertemu  juga dengan jawapannya. minta izin copy paste resepi akak dalam buku resepi saya...terima kasih. selamat maju jaya.

      ReplyDelete

    ---------------------
    Komen ↓

    Item Reviewed: Jenis-Jenis Tepung dan Kegunaannya Rating: 5 Reviewed By: Kakwan (K1) - citarasawan
    Scroll to Top