↑ Iklan, Promosi dan peraduan dipaparkan diatas


.

Saturday, February 26, 2011

Jenis Agar-agar dan Sukatan Air

....


Jenis Agar-agar dan Sukatan Air
Ada tiga jenis agar-agar di pasaran, iaitu agar-agar serbuk, agar-agar panjang (tali) dan juga agar-agar segera (Instant Jelly).


Agar-agar Serbuk
Agar-agar serbuk biasanya dijual dalam paket 13gm dan 25gm.  Datang dalam bentuk serbuk putih tanpa pewarna atau perasa.  Untuk mendapatkan agar-agar yang sempurna kerasnya dan tidak berair, setiap sukatan untuk 1 paket agar-agar serbuk 25gm adalah 1500ml (1.5 liter) cecair iaitu air sahaja atau campuran (air, susu atau santan).  Manakala untuk mendapatkan agar-agar yang lebih lembut tambahan cecair tidak melebihi 2500ml (2.5 liter) Agar-agar serbuk mungkin ada yang berlainan jenis, setengahnya telahpun dicampurkan dengan pewarna, jadi seelokknya baca arahan dan ikut sukatan pada bungkusannya.

Agar-agar serbuk mudah larut di dalam cecair, ia di masuk dan dilarutkan di dalam air sebelum di didihkan dan bukan memasukkannya ketika air telah mendidih.  Hasilnya juga lebih elok dari agar-agar tali.


Agar-agar Tali (Strips Agar-agar)
Agar-agar bertali biasanya dijual dalam paket plastik panjang dan digunakan sebelum adanya serbuk agar-agar.  Ada saiz paket seberat 12gm, 24gm dan 30gm.  Agar-agar jenis ini perlu di rendam dalam air biasa terlebih dahulu untuk melembutkannya selama 3-4 jam sebelum di masak hingga larut.

Bagi mendapat imbangan air yang betul, satu sukatan agar-agar tali 25gm yang direndam kembang gunakan 1300ml - 1400ml sukatan cecair dan pastikan agar-agar di masak hingga larut sebelum dimasukkan gula.

Agar-agar Segera (Instant Jelly)
Agar-agar segera datang dalam dua bentuk, satu dalam bentuk serbuk putih, tiada pewarna dan gula dan satu lagi datang dengan pewarna dan perasa. 

Agar-agar segera tanpa pewarna biasanya dijadikan campuran dalam membuat kastad, mousse atau glaze untuk kek dan pudding.  Di gunakan sedikit sahaja dalam campuran kastard untuk menjadikan tekstur puding, mousse atau kek yang berkastard lebih keras,  tidak lembik dan senang dipotong.  Kek Pandan kastad atau Kek Keladi kastad biasanya menggunakan instant jelly jenis ini dalam penyediaan kastadnya.


Manakala agar-agar segera dengan pewarna dan perasa di jual di dalam paket atau kotak dan datang dengan perasa seperti pandan, rose, orange, strawberry  dan dengan pewarna seperti hijau, merah dan kuning.  Agar-agar segera lebih lembik berbanding agar-agar,  sesuai untuk menyediakan pudding seperti triffle, glaze untuk kek atau mousse.  Jeli segera yang telah mengandungi campuran gula, perasa dan pewarna, hanya perlu menjerangnya dengan cecair sahaja mengikut sukatan pada kotaknya. 

Untuk mendapatkan testur yang lebih keras, kurangkan sukatan air dalam agar-agar segera atau mencampurkanya  dengan sedikit serbuk agar-agar untuk mengeraskannya.

*** Kebanyakan di paket atau kotak agar-agar telah di sediakan sukatan cecair dan gula, baca dan ikut arahan yang tetera pada paketnya.

Author :  Kakwan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 Telah Berkata :

Ayu Safieza said...

kak wan...terima kasih bebanyak tentang tips ni.....sungguhla membantu......selalu kita sukar nak agak kandungan air jika bertukar2 recipe.....:)caaaaaaaaaaaaayang kak wan.....kak yang bernombor 1...:)

aidah said...

Terimakasih banyak2 diatas maklumat yg berguna ni, memang amat membantu terutama untuk orang macam saya yg baru nak berjinak2 di bidang masakan.

Norasikin said...

Apa beza fungsi agar-agar dan gelatin?

Citarasawan said...

Norasikin@fungsinya sama saja mengstabilkan tekstur kuih.. gelatin lbih lembut dr agar2

Anonymous said...

tq.... teramat sgt membantu;)

aidah said...

Terimakasih banyak2 diatas maklumat yg berguna ni, memang amat membantu terutama untuk orang macam saya yg baru nak berjinak2 di bidang masakan.

Post a Comment

---------------------
Komen ↓

###

Mereka juga handal! xD

My Cyber Friends

Busan? xD

Pss.. Busan? xD

Bosan tak? jom main NyanNyan game ,klik
Play!

Mainacakes

DISLAIMER

Ehem ehem..DISCLAIMER

Sebarang penyalinan semula kedalam blog adalah dibenarkan dengan keizinan dan perlu menyatakan sumber yang diambil sebagai tanda penghargaan. Sebarang penerbitan secara bercetak untuk tujuan komersial adalah tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran dari penulis.


Segala gambar dan teks yang ada didalam blog ini hasil daripada penulis blog citarasawan(kakwan) kecuali disertakan sumber yang diambil.


HakCipta Terpelihara




©Awesome'kan blog Bisnes anda di :

  ©Tempah blog bisnes anda di : .

^ Naik Atas