728x90 AdSpace

Hai, Apa khabar :D
Blogger Citarasawan
tempat kakwan berkongsi tips, idea dan tempahan
Wednesday, February 11, 2015

Jenis-jenis Tepung dalam penyediaan Kuih Muih Tradisional


Jenis-jenis Tepung dalam penyediaan Kuih Muih Tradisional, antaranya tepung beras, tepung pulut, tepung ubi, tepung sagu, tepung jagung, tepung kastard, tepung hunkwee, tepung kacang hijau, tepung kentang dan juga tepung gandum.

Tepung beras adalah tepung yang paling banyak digunakan dalam menyediakan kuih muih tradisional terutama dalam membuat kuih lapis, apam, kuih talam, laksa, kudapan, bancuhan gorengan dan sebagainya.  Dalam penyediaan kuih moden, tepung beras di adun dengan lain-lain tepung untuk mendapatkan tekstur kuih yang lebih lembut atau kenyal serta memberi warna dan rasa.

Jenis-Jenis Tepung Beras
Ada 2 jenis tepung beras iaitu tepung beras asli dan tepung beras campuran yang di import dari negara Thailand.  Antara jenama di pasaran adalah cap gajah, cap kambing dan cap bungai teratai.  Kandungan tepung boleh di lihat pada bungkusannya yang di label tepung beras dan campuran tepung jagung, manakala tepung beras asli di label Finest Rice Flour.

Jenis Tepung Beras Jenama Gajah  :

TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
Sesuai untuk adunan mengoreng seperti membuat adunan goreng pisang, keledek, keladi, cempedak atau adunan gorengan ikan, sotong, ketam seperti goreng mamak, goreng berempah.
Tepung ini sangat ranggup kerana telah di campur dengan tepung jagung.
Sesuai untuk buat kudapan ringan seperti rempeyek, kuih rose, kulit pai tee, tumpi kacang hijau @ dhall

TEPUNG BERAS CAP 2 GAJAH
Sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih lapis, kuih koci, apam dan pelbagai lagi jenis kuih.
Menghasilkan tekstur kuih yang lembut dan berkilat.

TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
Sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih lapis, kuih koci, apam dan pelbagai lagi jenis kuih.
Menghasilkan tekstur kuih yang lembut dan berkilat.

TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
Sesuai untuk membuat laksa dan pelbagai jenis mee dan beehoon, kandungan tepung beras yang lebih padat.



TEPUNG BERAS CAP TERATAI
Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam, kandungan tepung beras yang di campur dengan tepung jagung.




...
Please enable JavaScript!
Sila hidupkan Javascript!