Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Chinese Food

20 MASAKAN CINA HALAL YANG MUDAH DAN PATUT DI CUBA

20 Masakan Cina Halal yang mudah dan patut di cuba.  Ini adalah sebahagian dari masakan cina yang telah Kak Wan cuba dari perkongsian resipi oleh Chef Hassan Hen dan beberapa sumber pencarian di Google.

Ternyata masakan cina  sangat ringkas, mudah di sediakan dan lebih sihat.  Kicap soya, sos tiram dan pelbagai jenis sos wajib ada dalam masakan cina.  Oleh sebab itu kebanyakkan rasanya lebih kepada manis dan masin.  Kak Wan mengemari masakan cina dan di sini ingin berkongsi beberapa resipi mudah yang boleh anda cuba :)

Antaranya Nasi Claypot, Oats Butterprawn, Lemon Chicken, Kway Teow Grill, Nasi Ayam Hainan, Pulut Ayam Lo Ma Gai, Kungpoa Udang, Daging atau Ayam, Kway Teow Cantonese, Mee Wantan dan banyak lagi..
Resipi : YONG TAU FU
Gabungan taufu dan sayuran yang di sumbat dengan isi ikan, ayam dan sayuran.  Di sediakan dengan pelbagai bahan sampingan lain seperti fish ball, crab stick, sotong kering dan lain-lain.  Ia seperti rojak campur dengan sos manis atau pedas.  Sangat popular sebagai makanan jalanan di kalangan semua masyarat Malaysia dan senang di jumpai terutama di pasar malam dan di jalanan kaki lima.

Resipi :  CHAR SIEW AYAM
Isi ayam yang di perap dengan sos soya dan sos tiram, kemudian di goreng atau bakar.  Setelah itu di salut pula dengan karamel gula dan madu.  Rasanya manis dan di hidangkan bersama wantan mee.

Resipi :  IKAN LAICI MASAM MANIS
Ikan Siakap yang di goreng garing dan di masak dengan pelbagai jenis sos tomato manis dan pedas, sos plum dan sirap laici.  Rasanya masam manis dan di hidang bersama sayuran yang di masak bersama sos.
Resipi :  YAM RING
Doh dari ubi keladi yang di bentuk seperti ring, kemudian di goreng dan di isi sayur-sayuran berperisa.  Di lengkapkan dengan soo hoon goreng, sangat sedap kombinasi ubi keladi dan sayuran.
Resipi :  WANTAN GORENG
Wantan goreng, isianya juga dari sayuran yang di tumis bersama isi ayam atau udang.  Sedap di makan begitu saja bersama sos pedas.  Dalam hidangan cina, wantan goreng di hidang bersama mee wantan dan char siew ayam.
Resipi :  STIM POPIA SAYUR
Stim Popia Sayur, resipi yang menggunakan sayuran dan sangat sesua untuk pengemar sayur dan pengamal makanan yang sihat dan kurang berminyak.  Hirisan sayuran seperti carrot, cendawan fungus hitam dan sengkuang di gulung dalam helaian kobi Napa atau kobis Kimchi kemudian di kukus dan tidak di goreng dalam gulungan kulit popia seperti popia goreng.  

Bahan-bahan lain seperti telur dadar, crabstick boleh di tambah mengikut citarasa.  Tambah sedap di hidang bersama sosnya atau sos cili.