Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo


Default Image

timeago

Related Posts

×
Chor Muang

Chor Muang / Thai Dumplings


Chor Muang / Thai Dumplings.. Sawadikap.. dumplings yang di bentuk kelopak bunga.  Dohnya dari campuran tepung beras, tepung ubi, tepung pulut dan warna ungu nya dari jus bunga telang.  Isinya pula dari isi ayam cincang yang di campur dengan kacang tanah dan rasanya agak manis, sangat berlainan sekali dengan Chinese Dumplings.

Chor Muang biasanya boleh di cari di Restoran2 Thai tetapi tidak semua yang menyajikanya,, jika di KL thai dumplings ini boleh di cari  di restaurant Absolute Thai.

Penyepit Chor Muang telah lama Kak Wan mencarinya di merata tempat, di kedai-kedai menjual peralatan masak tetapi tidak ada,  Semasa bercuti di Bangkok, Kak Wan menjumpainya di Pasar Chatuchak,, wahh!! gembiranya seperti bulan jatuh ke riba kerana yang di cari sudah di jumpai :D  Penyepitnya ada 2 jenis, satu berbentuk daun dan satu bentuk segi pipih untuk membentuk kuih Chor Muang ini,,
Chor Muang merupakan salah satu kuih tradisi popular Thai dan ia sangat berlainan sekali dengan Chinese Dumplings di Malaysia.  Bentuk bunga ungu yang kecil dan comel menjadikan kuih ini sangat menarik untuk sajian yang asalnya sajian keluarga diRaja Thai,,
Chor Muang / Thai Dumplings