Kek Kelapa Angel / Coconut Angel Food Cake, kek yang menggunakan putih telur dan tanpa minyak atau butter, putih melepak mungkin begitulah ia mendapat nama ,, putih mulus bak bidadari atau angel..
Kek nya sangat lembut kerana menggunakan putih telur tambahan pula dengan filing krim karamel kelapa, jadi Kak Wan buat separuh adunan supaya tidak terlebih makan :D
Untuk filingnya kelapa kering di masak dengan karamel gula dan di blend bersama krim putar. Sempurna untuk sebiji kek yang sangat lazat dengan haruman kelapa, lembut berkrim serta mempunyai tekstur kelapa yang rangup dan harum.. Kek lazat membuat hati rasa gembira :D