RESIPI ROJAK PALING MENGIURKAN CITARASAWAN
Sebut saja rojak pasti meleleh air liur,, mana tak nya buah-buahan mentah yang segar, rangup, masam manis seperti nenas, jambu, belimbing, betik, sengkuang, manga, kedondong di cicah dalam sos pedas masam manis dan berkacang,, makanan pembuka selera yang di sukai semua,,
Selain dari rojak buah, kita ada rojak mamak (pasembor) rojak cina, rojak tauhu dan mee yang masing-masing di hidang dengan sosnya yang tersendiri. Maksud "Rojak" adalah campuran samada dari pelbagai jenis buah-buahan mentah atau gandingan bersama dengan sayuran, mee, tauhu atau cakue. Jom layan rojak paling melelehkan air liur :D
Rojak Kuah Petis
Rojak Buah Kuah Petis memang popular, paling sedap dengan aneka potongan buah mentah yang masam manis, kuahnya pedas manis dari campuran gula melaka, kicap, petis udang dan belacan yang mengancam .. kalau ada penyakit resdung tu ketepikan petis dan belacan yer,, nanti asyik tenyeh idung je.. Jangan cakap Kak Wan tak payung ;)
Rojak Indonesia
Rojak Indonesia pula menggunakan buahan yang sama tetapi kuahnya tidak menggunakan petis udang dan kicap. Hanya gula melaka, belacan, cili dan air asam jawa dan di pekatkan dengan kacang tanah tumbuk,, Kuah ni kita boleh buat awal dan simpan dalam botol nak makan hanya potongkan buah dan sedia di makan, baik juga untuk melawaskan perut ..
Rojak Pasembur
Rojak Pasembur (Rojak Mamak), rojak ini popular kat belah utara di Penang dan Kedah. Rojak yang tidak menggunakan buahan mentah, pengaruh dari masyarakat India yang menggunakan campuran mee, telur, sayuran, tauhu, cucur kelapa dan cucur udang. Kuahnya ada yang manis dan ada yang pedas laa sangat boleh meleleh air mata dan air hidung..
Rojak Mee Kelantan
Rojak Mee Kelantan juga hampir menyamai pasembur, menggunakan mee dan sampingan tauhu, sayuran, cucur dan tauhu. Kuahnya agak manis dan pekat dengan campuran keledek atau kentang. Tapi kuahnya tak boleh di simpan lama, dah siap terus hidangkan, popular di pantai timur Kelantan, Trengganu dan Pahang..
Rojak Tauhu
Rojak Tauhu pula menggunakan tauhu goreng (tauhu pok) yang di bakar bersama campuran sayuran kangkung dan timun, ringkas bahannya tak banyak ,, boleh tambahkan juga sotong kembang, kuahnya pekat lebih kacang tumbuk lagi sedap, kunyahan garing tauhu dan gigitan kacang dan sotong kenyal meletup di dalam mulut..
Rojak Cina
Rojak Cina ini gandingan buahan masam manis, sayuran, telur dan cakue,, menikmatinya dengan mengunyahnya perlahan-lahan baru terasa masam, manis, pedas dan crunchy bergabung di dalam mulut, itulah keistimewaan rojak campuran pelbagai rasa dengan sos yang melekat di lidah..