Status tempahan bulan July

Tempahan untuk bulan August telah ditutup(penuh). Untuk makluman kelas atau PJJ sila Whatsapp di 011-60603515. TQ
Friday, June 09, 2017

Tepung Gandum Cap Ros MFM Flour Terbaik untuk Biskut dan Pastri



Tepung Gandum Cap Rose MFM Flour Terbaik untuk Biskut dan Pastri, Salam Ramadan, minggu kedua puasa, lagu raya mula berkumandang, ibu-ibu dah mula sibuk mencari bahan-bahan untuk membuat kukis dan kek.. Persiapan menyambut Aidil fitri mula terasa walaupun kena bersederhana di zaman gawat ni kehadiran Aidil Fitri tetap di nanti dan di sambut dengan meriah..

Teringat kemeriahan membuat kukis bersama adik-adik, tahun 70an dulu tak ada oven cangih mangih macam sekarang, masa tu yang ada oven hitam cap kupu-kupu yang bakar atas dapur gas dan oven bulat dari steel yang guna letrik.  Oven bulat tu bahaya sikit, terbakar muka setiap kali membuka penutupnya, wap panas langsung ke muka, boleh masak muka tau.. lengan dan tangan habis berparut bila tak sengaja tersentuh tepi oven yang tengah panas.  Mesti berparut lah setiap kali nak siapkan biskut raya.  Ada kalanya tertidur tepi oven :D



Oo cerita pasal kukis atau biskut-biskut raya, sejak bertahun lamanya K1 masih setia dengan tepung gandum serbaguna Cap Ros dari MFM Flour ni.  Tepungnya halus dan ringan tanpa bahan peluntur atau pemutih Benzoyl Peroxida serta berkualiti tinggi dan di perkaya dengan Vitamin B1, B2, Niasin dan Zat Besi yang dirumus khas untuk membuat biskut, kek, kuih- muih dan pastry seperti tart dan pie yang malah sesuai juga untuk membuat kuih muih.  Harga pun tak mahal RM1.60 je dan boleh di dapati di kedai runcit, kedai bakeri dan semua pasaraya ..  Di kedai bakeri pula tepung ni di bungkus dalam guni dengan jenama Tepung Red Rose, sebenarnya sama saja cuma packaging saja lain.  Kebanyakan kedai bakeri akan membuat packaging semula dalam bungkusan 500gm dan 1kg dan di labelkan sebagai Cookies Flour.





Tepung Cap Ros terbaik untuk membuat kukis bila kita makan terasa biskut ringan dan rangup tidak padat seperti menggunakan tepung biasa.  Kukis yang rangup dan sedap sudah tentu akan cepat habis :D  Jom penuhkan balang-balang dengan kukis-kukis enak :D  Selamat mengukis semua ibu-ibu ..
...