Biskut Kelapa, Salam Ramadan, kukis-kukis lama seperti biskut kelapa, biskut kacang, biskut gajus, tart nenas tetap menjadi pujaan walaupun muncul kukis-kukis baru yang pelbagai jenis dan hiasan yang beraneka bentuk dan warna.
Setiap kali K1 mencuba resipi baru, K1 hanya mengubah hiasannya supaya lebih segar dan menyelerakan bila di pandang. Biskut kelapa harum semerbak apabila di bakar, lembut dan cair di mulut cuma kelemahannya ia tidak tahan lama dan cepat lemau jika tidak di simpan dengan betul. Bekas menyimpannya perlu bertutup rapat. Tapi di rumah keluarga K1 biskut ni tak sempat jadi lemau, buka botol saja sekejap sudah licin..
Biskut Kelapa