Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo


Default Image

timeago

Related Posts

×
Baking Techniques

Menyediakan Karamel (Gula Hangus) / Caramel


Caramel @ Karamel adalah gula yang dihanguskan, apabila dipanaskan gula bertukar menjadi cecair dan warnanya menjadi keperangan atau kecoklatan bergantung kepada tempoh masa mencairkannya.  Rasanya pahit manis dan beraroma. Karamel digunakan sebagai perasa dalam hidangan pencuci mulut.  Ia memberi rasa dan warna yang enak dan beraroma seperti desserts (krim karamel, krim brulee dll)  kek (kek gula hangus, kek buah-buahan dll) minuman (campuran dalam minuman berkopi dan bercoklat), gula-gula dan topping untuk aiskrim dan kastard. 

Cara Menyediakan Karamel 

1.  Untuk membuat karamel seeloknya gunakan kuali yang mempunyai dasar yang tebal dan berat.

2.  Masukkan sejumlah gula ke dalam periuk (mengikut sukatan resipi)


3.  Gunakan api yang kecil dan biarkan gula mencair di tepi periuk.  Pada peringkat ini jangan mengacaunya dengan senduk.  Goyangkan kuali sedikit (keliling kiri dan kanan) supaya warna gula menjadi sekata.


4.  Apabila gula telah mencair sepenuhnya, barulah di kacau menggunakan senduk kayu hingga rata.


5.  Tutup api dan tuangkan air panas (mengikut sukatan resipi) bermula di tepi periuk supaya gula tidak terpercik.  Berhati-hati kerana ketika ini gula akan meletup-letup dan terpercik.


6.  Kacau dengan segera sehingga gula larut sepenuhnya.   Sejukan dahulu sebelum digunakan.

Kaedah lain menyediakan karamel adalah melarutkan gula dan air terlebih dahulu kemudian dimasak hingga menjadi karamel.

Author :  Kakwan

4 Comments

  1. nampak simple tapi kalau tak hati2 mmg boleh terus hangus..hehe

    ReplyDelete
  2. nampak simple tapi kalau tak hati2 mmg boleh terus hangus..hehe

    ReplyDelete