Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Info Bahan Masakan

Bahan-bahan Membuat Kek Lapis


Bahan-Bahan Kek Lapis

Tepung
Untuk mendapatkan kek yang lebih halus dan ringan, guna tepung  rendah protin (low protein flour) seperti tepung  kek, tepung superfine, tepung optima dan  tepung Hong Kong.  Tepung Hong Kong adalah yang terbaik untuk membuat kek lapis.


Tepung Serbaguna (medium protein flour) juga boleh di gunakan seeloknya di ayak beberapa kali sebelum di gunakan manakala tepung naik sendiri (self raising flour) tidak di galakan untuk membuat kek ini kerana mengandungi campuran serbuk penaik yang berlebihan untuk kek lapis, jika mahu menggunakannya tidak perlulah  di masukkan serbuk penaik lagi.

Mentega
Guna mentega tulin seperti Golden Churn, Tatura, SCS atau mentega lepa susu seperti Buttercup, Farmcows dan sebagainya kerana memberi rasa yang lebih enak.  Mentega hendaklah pada suhu bilik dan di potong kecil supaya mudah memukulnya.

Telur
Guna telur yang baru dan segar dari Grade A atau B, semasa mengasingkan kuning telur dan putihnya pastikan tiada kuning telur atau air yang masuk ke dalam putih telur yang boleh menyebabkan putih telur tidak naik semasa memukulnya.


Kek lapis mewah dengan kuning telur



Gula
Gula yang sesuai untuk kek lapis adalah gula kaster ataupun gula halus.  Gula kasar tidak sesuai kerana lambat hancur dan menyebabkan kek menjadi berat dan permukaannya menjadi kasar.

Bahan-bahan Sampingan
Bila menggunakan buah-buahan kering hendaklah di cuci dan di toskan terlebih dahulu bagi membuang gula yang berlebihan dan di hiris kecil.  Bagi buah prun dan kurma tidak perlu di cuci.

Bahan-bahan sampingan lain, seperti susu pekat manis, jem, kaya menambahkan lagi rasa pada kek.  Jem hendaklah di di kacau hingga licin dan tidak berketul sebelum diadun atau di sapu pada permukaan kek.

Pewarna dan Perisa
Pewarna dan perisa seperti esen dan emulco serta rempah digunakan dalam penyediaan kek ini untuk memberi rasa dan warna pada kek.


Pewarna, esen dan emulco


Rempah kek lapis











3 Comments

  1. salam kak wan..selamat hari raya maaf zahir dan batiin..halalkan resepi yang diguna dan dicube ye kak wan..jumpa lagi pas raya..

    ReplyDelete
  2. Salam kak wan..lama zana tak berkunjung kesini..rindu pulak! terima kasih dgn resepi kek lapis nie.,nanti zana nak mencubanya insya`allah. Di sini zana nak ucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri buat kak wan sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. Salam kak wan..lama zana tak berkunjung kesini..rindu pulak! terima kasih dgn resepi kek lapis nie.,nanti zana nak mencubanya insya`allah. Di sini zana nak ucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri buat kak wan sekeluarga.

    ReplyDelete