Kaedah Mengukus : Mengukus tidak semudah Membakar, banyak orang menggunakan resipi yang sama tetapi tidak mendapat hasil seperti yang di harapkan. Suhu wap atau stim tidak dapat di tentukan ia bergantung kepada kepanasan api dapur gas, jumlah air dalam kukusan dan perkakasan yang digunakan. Kekurangan air dalam kukusan menyebabkan kuih terbantut dan tidak masak, terlalu kecil api juga menyebabkan wap tidak naik, dan jika api terlalu besar pula menyebabkan kuih mengerutu dan mengelembong. Wap yang menitis ke permukaan kuih juga boleh merosakkan kuih. Ini adalah masalah yang selalu di alami ketika membuat kuih muih menggunakan kaedah mengukus.
Tips
1. Gunakan pengukus yang mempunyai penutup yang tinggi supaya wap menjadi seimbang.
2. Sentiasa periksa air di dalam pengukus, sentiasa pastikan air mencecah lantai pembahagi kukusan.
3. Jika air berkurang, masukkan air panas untuk menambahkannya.
4. Balut tutup pengukus dengan tuala supaya wap tidak keluar.
5. Tutup loyang adunan dengan aluminium foil supaya air tidak menitis ke permukaan kuih.
6. Pastikan api dapur tidak terlalu besar atau terlalu kecil.
7. Adunan kuih talam khususnya yang menggunakan tepung beras seeloknya di masak sebentar di atas dapur sebelum mengukus. Adunan tepung beras akan mendap sekiranya tidak di kacau masaknya akan jadi tidak sekata apabila terus di masukkan ke dalam pengukus.
Tags
Kuih Muih
salam..
ReplyDeletesye nak mintak tolong..
bleh sye tau sejarah nama kuih cara berlauk??
salam..
ReplyDeletesye nak mintak tolong..
bleh sye tau sejarah nama kuih cara berlauk??