Bagaimana untuk mendapat doh roti atau bun yang lembut??? Di sini ada beberapa tips untuk mendapat doh roti yang lembut dan gebu.
1. Adunan roti hendaklah di uli sehingga elastik, boleh di tarik2 dan tidak putus seperti tekstur roti canai.
2. Selepas adunan siap di adun, buat proses membanting yang pertama, hempas dan uli kemudian rehatkan doh sehingga kembang.
3. Doh tadi kemudian di gelek dengan pencanai untuk membuang angin, kemudian hempas dan uli sekali lagi. Rehatkan untuk kali kedua.
4. Lakukan proses yang sama untuk kali ketiga dan rehatkan doh sehingga kembang.
5. Baharulah dibahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil, (untuk bun timbang 60gm setiap satu).
Bagaimana mengilatkan bun???
1. Campurkan 1 tbsp madu, 1 tbsp gula, 1 biji telur dan 1 tbsp air, kacau sebati dan sapu di atas permukaan bun, bun kelihatan berkilat dan menyelerakan...
Tags
Roti
nampak sungguh menyelerakan....yummy....
ReplyDelete