Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo


Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Tempahan Agar-agar Kering

AGAR-AGAR KERING ROSE DI WANITA HARI INI (WHI) TV3


AGAR-AGAR KERING ROSE DI WANITA HARI INI (WHI) TV3, pada 20hb November 2022 Kak Wan telah di jemput untuk berkongsi Nostagia Manisan Orang Dulu, salah satunya adalah agar-agar kering yang Kak Wan usahakan sekarang sebagai gubahan hantaran, selain dari itu, manisan lain seperti Wajik, Halwa Maskat. Pulut Tetal dan Halwa Betik antara manisan dulu yang masih di minati sebagai manisan untuk hantaran pertunangan dan perkahwinan.


Manisan di beri sebagai simbol keharmonian dan kemanisan hidup bakal pengantin setelah mendirikan rumah tangga,yang membawa kemanisan alam berumah tangga hingga ke hujung usia.

Agar-agar kering ini kalau di usia kecil dulu, mak selalu buat masa Hari Raya dan untuk majlis2 keraian Aqiqah atau Harijadi yang di isi dalam bekas kecil sebagai candy atau gula2 untuk kanak2. Selalunya berbentuk petak kecil.

Untuk gubahan hantaran, Kak Wan mengubahnya menjadi jambangan bunga rose agar-agar kering yang sesuai sekali untuk pemberian di majlis2 istimewa bukan hanya sebagai gubahan hantaran tetapi juga sesuai di jadikan hadiah harijadi, hari ibu bapa dan sebagainya.
Manisan Agar-agar Kering ini tahan lama, tidak terlalu manis dan crunchy seperti kerepek kerana ia di buat dengan lapisan nipis agar-agar yang di gulung menjadi sekuntum bunga rose dan tempoh mengeringkan selama 2-3 hari.

Akhir kata, Terima kasih TV3 kerana menjemput Kak Wan untuk memperkenalkan Nostagia Manisan Orang Dulu dan tak lupa berbanyak terima kasih En In Mahat dan Hos WHI Cik Fiza dan En Fahrin.


Jambangan Bunga Agar-Agar Kering untuk Hos WHI Cik Fiza, sedondon dengan warna baju pink dan lilac manis sekali.

Jambangan Bunga Agar-Agar Kering untuk Hos WHI En Fahrin, kuning air dan peach.

Jambangan Agar-agar Kering dalam bakul pastry buat En In Mahat tanda terima kasih kerana sudi menjemput Kak Wan sebagai tetamu dalam WHI TV3.