Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo


Default Image

timeago

Related Posts

×
Donut

Donut Labu Berbijan


Donut Labu Berbijan, bertahun juga kak wan tak buat donut, sejak PKP banyak masa di habiskan memasak, terfikirkan donut labu terus adun untuk kudapan petang.

Sebelum ini, kak wan dah masak banyak resipi olahan dari labu, kali ini cuba donut labu berbijan pula. kak wan suka labu kerana isinya halus dan lembut, rasanya lunak dan warna kuning keemasannya juga menjadikan warna masakan cantik menarik baik dalam masakan, kek, roti atau kuih muih.

Kebiasaan donut di beri topping gula atau celupan coklat, kak wan gantikan dengan taburan bijan, rasa tekstur berbiji bila di gigit, tambahan pula bijan beri aroma pada donut..