Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
AGRICORE CS SDN BHD

TEPUNG CAP POKOK SESUAI UNTUK SEMUA JENIS PENCUCI MULUT


TEPUNG CAP POKOK SESUAI UNTUK SEMUA JENIS PENCUCI MULUT

Assalamualaikum, Selamat Petang semua..
Buat kuih apa untuk minum petang ni ? Kak Wan ada beberapa resipi enak kuih muih, kudapan, biskut dan puding untuk di kongsi tapi sebelum tu,  mari Kak Wan perkenalkan dulu tepung untuk membuat kuih muih iaitu tepung Cap POKOK keluaran Agricore Cs Sdn Bhd yang berkualiti, di import dari Thailand.

Sebagaimana kita tahu, pencuci mulut Malaysia dan Nusantara seperti kuih muih, puding, kudapan, biskut dan kek banyak menggunakan tepung beras, tepung ubi, tepung pulut, tepung jagung, tepung gandum dan tepung kacang.  

Ada 3 jenis tepung keluaran Cap POKOK
--- Tepung Pulut
--- Tepung Ubikayu
--- Tepung Jagung

Berkualiti premium, 100% bahan asli tanpa campuran

Tidak perlu was-was kerana Tepung Cap POKOK ada :
--- Cert HALAL Thailand
--- Cert GMP (Good Manufacturing Practice)
--- Cert HACCP (Food Safety System)
--- Cert Food Quality System ISO 9001

Ada Guarantee Money Back tau kalau tak puas hati, tapi gerenti puas hati lah buat kuih dengan tepung-tepung ni, tepungnya halal, bersih dan tidak berbau .. Kak Wan dah cuba beberapa resipi dan hasilnya sangat memuaskan..
Harga nya pula lebih rendah dari tepung import yang lain.

Tepung Pulut Cap POKOK
--- Tepung pulut halus yang berkualiti.
--- 100% dari beras pulut yang di proses tanpa campuran dari tepung lain.

Sesuai untuk kegunaan kuih muih manis dan berempah yang di kukus atau di goreng.
Kuih yang bertekstur lembut, berkrim atau kenyal.
Antaranya Kuih Buah Melaka, Kuih Ang Ku, Kuih Koci, Puteri Mandi, Badak Berendam, Tepung Gomak, Dodol, Kuih Bakul, Mochi, Snowskin Mooncake, Tang Yuan dan Aneka bubur manis.

Selain membuat kuih muih yang bertestur lembut, tepung pulut juga sesuai untuk kuih dan kudapan yang bergoreng seperti Kuih Goyang/Kuih Ros, Maruku, Kuih Bom, Buah Rotan dan banyak lagi.
Tekstur tepung pulut lebih ringan, garing dan rangup bila di goreng.


Tepung Pulut Cap Pokok  Bungkusan : 1kg dan 500gm


Tepung Pulut Cap Pokok Bungkusan 400gm

Tepung Ubikayu Cap POKOK
--- Tepung Ubikayu halus yang berkualiti
--- Kualiti Premium 100% dari bahan asli iaitu ubikayu

Tepung Ubikayu atau di kenali juga sebagai Tepung Kanji, di gunakan sebagai tambahan kepada tepung beras atau tepung gandum untuk membuat kuih muih yang di kukus atau di bakar seperti kuih lapis dan bingka.  
Biskut dan Kek juga boleh menggunakan tepung ubikayu, saduran pada masakan bergoreng dan agen pemekat sos dan kuah.


Tepung Ubikayu Bungkusan 1kg,  500gm 

Tepung Jagung Cap POKOK
--- Tepung jagung halus dan ringan

Tepung jagung sesuai untuk semua jenis biskut, puding dan kek, saduran pada masakan dan agen pemekat kuah dan sos.


Tepung Jagung Cap Pokok Bungkusan 500gm

DI MANA BOLEH MENCARI NYA
Tepung Pulut, Tepung Ubikayu dan Tepung Jagung Cap POKOK kini berada di Pasaraya Giant, Mydin, Econsave, Eco Shop dan HERO Market atau boleh membeli secara online di Shopee tak payah susah-susah ke Pasaraya ..

atau hubungi terus Agricore Cs Sdn Bhd di 04-5057733 untuk pertanyaan dan belian.