Tuesday, July 17, 2018

Bingka Kacang Merah Sirap Rose



Bingka Kacang Merah Sirap Rose, bukan main sedap dan wangi lagi, Kak Wan tambahkan sirap rose untuk warna dan wangian haruman rose pada bingka kacang merah yang lemak harum dan manis ,,

Sengaja tak kisar kacang merah ni hingga hancur, Kak Wan biarkannya sebiji-sebiji, bila di makan terasa gigitan pada kacang, lebih asyik setiap kali gigitannya dan akan nampak  keindahan biji2 kacang merah apabila di potong ,,

Jom layan minum petang dengan bingka kacang merah bersama sirap rose, wangi sungguh baunya, warna merah juga dari sirap tanpa pewarna tambahan cukup menarik untuk hidangan,,
Bingka Kacang Merah
...