Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Kuih Muih

Sekaya Labu


Sekaya Labu juadah berbuka petang ni,, suka sangat dengan kuih-kuih dari labu terutama sekaya ni, kali ini Kak Wan guna labu jepun yang di beli masa bercuti di Cameron haritu,, lama jugak lah dok simpan..

Labu jepun ni bersaiz kecil dan kulitnya berwarna hijau,  Tahan lama dan boleh di simpan beberapa bulan lamanya.  Kulitnya lembut apabila di kukus dan boleh di makan terus selembut seperti isinya.

Rasanya sedikit tawar dari labu yang berwarna perang dan sangat sesuai dengan sekaya yang manis.  Seimbanglah rasanya lemak manis.

Seelokknya sekaya menggunakan telur itik kerana teksturnya lebih kental dan tidak lembut serta mudah pecah seperti telur ayam.  Untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap boleh di tambah sebiji telur ayam yang di campur bersama telur itik.
Sekaya Labu