Basque Burnt Cheesecake, kalau lihat pada resipi kek yang sebutannya Bas k Bun adalah basic cheesecake yang plain saja tapi apa yang membuatnya menjadi istimewa dan makin popular tahun 2018 ni,, nak tau ..
Haa kalau nak tau kerana rupanya yang hitam dan di bakar hangus tula ,, kann jangan pandang pada rupa kerana yang hodoh di pandang bisa jadi unik dan istimewa :)
Pada mulanya Kak wan nak buat kek sebiji dalam loyang 7in tapi cari-cari kertas minyak untuk alas loyang kehabisan la pula, kebetulan ada Fillo Pastry yang masih tak di guna dalam peti sejuk, jadi kak wan terfikir untuk jadikannya sebagai pengalas kertas minyak, dan dah tentu pengalas ni boleh di makan,, Bijakkan idea ni hihii,,
Errmm yang rangup kulit pastry dan lembut lunak cream cheese di tambah rasa terbakar tentu kek yang ringkas ni jadi lebih istimewa :D
Basque Burnt Cheesecake