Puding Roti Pisang Berkrim / Creamy Banana Bread Puding, semasa K1 balik bercuti di kampung ada tinggalkan sebungkus besar roti gardenia untuk anak-anak, bila balik nampak roti tu masih tak di usik. Kebetulan K1 ada bawa balik pisang lemak manis dari kampung, terfikir untuk membuat puding roti berlapis puding yang tengah viral di tenet.
Lapisan bawah puding ni, seperti membuat puding roti biasa, K1 tambahkan potongan pisang supaya lebih sedap. Selepas puding di masak secara waterbath, lapisan puding kastard akan di tuang ke atasnya. Jadi ada dua lapisan puding roti dan puding kastard. Dua lapisan yang sangat sedap lebih lebih lagi di makan dingin :D
Tak lengkap puding sedap tanpa sosnya. sebagai penyudah puding enak ini bertambah enak dengan siraman sos kastard yang berkrim,, Walla wei :D
Puding Roti Pisang Berkrim / Creamy Banana Bread Puding