Halal Mooncake - Thousand Layer Mooncake atau Spiral Mooncake, kita masih lagi dalam bulan mooncake yang di raikan oleh masyarakat Cina setiap tahun sempena Mid Autum Festival. Bulan yang di kenali sebagai Bulan Mooncake merupakan lambang kesejahteraan dan kemakmuran.
Thousand Layer Mooncake ini mempunyai kulit pastri yang flaky dan berlapis-lapis seperti karipap dan berlainan sekali dengan mooncake tradisional yang berbentuk bulat dengan pelbagai cetakan.
Isiannya sama seperti mooncake tradisional dan yang paling popular isian lotus, kacang merah dan kacang hijau dan di tengah isian pula di letak dengan kuning telur masin. Lain-lain isian seperti durian, greentea, coklat, labu, keladi, buah naga juga di gunakan dalam mempelbagaikan isian mooncake.
Mooncake halal telah mula di jual oleh orang-orang Islam jadi tidak perlu ragu-ragu untuk membelinya. Ramuannya dari tepung, air abu, minyak kacang dan isian kacang yang tebal di dalamnya sangat enak di makan.
Halal Mooncake - Thousand Layer Mooncake Untuk tempahan : Wasap ke 011-60603515