Halal Moon Cake Citarasawan, ramai yang ragu-ragu untuk makan moon cake atau kuih bulan, Untuk pengetahuan umum mooncake tidak menggunakan sebarang minyak binatang. Ramuannya dari tepung, golden syrup and air abu. Intinya pula dari kacang dan merah telur masin.
Kulitnya nipis dan mempunyai inti kacang yang tebal serta di tengahnya di letak sebiji merah telur, bila di potong ia seperti bentuk bulan yang sangat indah dan terang..
Moon cake bagi masyarakat Cina adalah kuih perayaan kedamaian yang di makan semasa perjumpaan keluarga dan merupakan simbol kedamaian dan kesejahteraan, Di raikan setiap tahun sempena Festival Pertengahan Musim Luruh iaitu pesta menuai, yang disambut oleh masyarakat berbangsa China di kebanyakan negara Asia Timur, seperti China dan Vietnam. Ia adalah festival kedua paling penting di China selepas Tahun Baru Cina.
Ia juga dipanggil "festival bulan" kerana ia dirayakan apabila bulan dipercayai menjadi yang terbesar dan paling lengkap.