Kek Ringkas dan Mudah jadi pilihan di Aidilfitri, Salam Aidilfitri.. yang mudah, sedap, di sukai ramai dan senang di buat seperti kek-kek mentega, kek buah, kek pisang, kek kelapa, Kek Sarang Semut, Kek Suju dan Kek Coklat yang polos jadi pilihan ramai kaum ibu dalam menyediakan kek sempena sambutan Aidilfitri berbanding kek-kek yang bersalut buttercream atau aising.
Kek Yogurt Oren, kek berperisa oren, memang tidak jemu di makan, haruman dari jus dan kulit oren sungguh wangi dan menyegarkan.
Kek Yogurt Oren
Kek Suji / Kek Semolina, kek dulu-dulu mungkin anak-anak tidak kenal dengan kek ini kerana terbiasa dengan kek-kek moden yang berkrim. Kek ini menggunakan tepung semolina dan teksturnya rasa berbiji, lain dari kek biasa yang menggunakan tepung gandum.
Resipi Kek Suji
Kek Gula Hangus atau Kek Sarang Semut . Kek berperisa gula hangus berkaramel menjadi kesukaan ramai kerana keenakan rasanya pahit manis dengan testurnya yang bersarang atau berlubang ini tak jemu di makan.
Resipi Kek Gula HangusKek Marble Mentega / Marble Buttercake, kek mentega yang di adun dengan rasa coklat atau coffee antara kegemaran untuk juadah hari raya,
Resipi Kek Marble Mentega
Kek Mentega / Buttercake, kek ini sejak dulu lagi menjadi pilihan ramai, ada banyak variasi dari kek mentega, yang pasti rasa mentega tulen yang padu dan aroma vanilla memikat rasa, sedikit taburan kismis atau kekacang untuk menambah tekstur nya..
Resipi Kek Mentega
Ini adalah antara kek-kek ringkas yang di gemari oleh semua peringkat umur, sedap dan tak jemu di makan :D Antara kek ringkas yang popular, seperti kek mentega, kek marble mentega, kek oren, kek suji, kek coklat, Kek Pisang, Kek Gula Hangus .. Kek kek begini lebih di gemari dan cara penyediaannya juga mudah.