Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo


Default Image

timeago

Related Posts

×

Biskut Makmur Kurma / Ma'amoul Dates Cookies


Biskut Makmur atau dalam bahasa Arab Ma'amoul adalah pastri shortbread kecil yang dipenuhi dengan buah tamar (kurma), pistachios atau walnut (atau kadang-kadang badam, buah tin, atau isian kekacang yang lain).   biasanya di bentuk seperti bebola bulat dan bujur atau bentuk kubah atau diratakan menggunakan acuan khas.

Ia mempunyai pelbagai paten yang menarik, corak-corak sepitan ziq zaq atau di tekan dengan acuan kayu berukir khas untuk menampakkan kesan patennya . Biskut Makmur ini sangat popular di Jordan, Syria, Lebanon, dan negara-negara Timur Tengah yang lain.

Biskut Makmur juga mempunyai beberapa versi, ada yang menyerupai shortbread menggunakan tepung gandum dan ada juga yang di adun menggunakan tepung semolina.

K1 membuat biskut makmur setiap tahun kerana kegemaran seluruh keluarga terutama bapa dan mak mertua,, makmur dan tart nenas mesti ada di meja hidangan :D
Biskut Makmur Kurma / Ma'amoul Dates Cookies