Japanese Banana Cotton Cake, kek pisang bentuk pisang barulah betul-betul kek pisan :D.. selalu dibuat menggunakan loyang biasa, tetapi K1 sukakan sesuatu yang nampak unik kebetulan ternampak acuan bentuk pisang ni di kedai bakeri BWY Puchong, terus beli kerana tertarik dengan bentuk pisangnya.
Kek Pisang ala Japanese cotton cake ni sangat lembut dan spongy bersalut coklat yang enak dan di warnakan mengikut warna buah pisang. Menarik di jadikan buah tangan atau hantaran pertunangan dan perkahwinan..