Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo


Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Jalan-jalan cari makan

Jalan-Jalan Bandung Part 2 - Syurga Beli Belah


Bandung,  pusat fesyen dan surga beli belah bagi kaki shoping "Shop Till U Drop" ungkapan yang paling cocok.. tapi buat kami berlima Shop until Botak daa ! haa haa mau tak licin duit yang di bawa bertambah sedihnya kami tak dapat mengeluarkan wang dari mesin ATM di sini kerana harus di activate card terlebih dulu sebelum guna, kebetulan pula hari Sabtu dan Ahad semua bank dan pejabat di tutup. Sebaiknya jika kesana sediakan uwang secukupnya ermm 10 juta Rp barulah boleh bershopping sakan gaya jutawan. Jika kesini jangan bawa banyak pakaian, 3-4 helai sudah cukup kerana boleh membelinya di sini dengan harga yang sangat murah.  Jika datang satu beg pulang nya akan bawa 2-3 bag hehee.. kisah benar :)

Kota Bandung sejuk dan nyaman, tak banyak bangunan tinggi di sini.  Bangunan pejabat, kedai dan deretan rumahnya rapat-rapat tidak banyak ruang tuk parking.  Jalannya sempit dan kenderaannya sangat banyak bersimpang siur, di sini pemandu mesti cekap kerana tidak ada polis trafik seperti di Malaysia.  Nasib baik pemandu kami Pak Nana sangat cekap lampu merah ke kuning ke dia tak kisah main redah je, jadi kami cepat sampai ke tempat yang di tuju.  Suasana ketika ini pukul 7.30pagi di sana, belum banyak kenderaan di jalan jadi kami berlima singgah dulu ke pasar baru.


Tempat-tempat yang harus di lawati jika ke Bandung

Pasar Baru Bandung
Pasar Baru 8 tingkat ini lengkap dengan pelbagai jenis barangan seperti pakaian, tekstil, kasut, beg, kosmetik, aksesories, batik dan banyak lagi.  Jika ke sini pengujung hanya di benarkan parking di tingkat 8 kerana tingkat lain di sediakan untuk peniaga barangan di pasar ini.  Guna "Gigi Satu" (Gear Satu) dapat di lihat pada tiang di setiap tingkat jika naik ke tingkat 8 dengan kereta. 


Di tingkat bawah pasar pula terdapat produk makanan kering seperti kekacang, kerepek, kek, kueh dan buah-buahan. 


Pasar Cibaduyut.
Terkenal dengan pengeluaran kasut asli dari kulit yang berkualiti dan harga yang berpatutan.  Di sepanjang jalan terdapat deretan kedai-kedai menjual kasut dan jaket dari kulit.  Terdapat mercu tanda Kasut / Sepatu Besar yang boleh di lihat di persimpangan trafik.

Factory Outlet
Bandung terdapat banyak Factory Outlet yang menjual pakaian, handbag, kasut yang berjenama seperti Hugo Boss, Burberry, Versace, Timberland, Nike, Manchester United (MU), Armani, DKNY, Old Navy, Billabong, Quicksilver, Zara, MNG, Esprit, Gap, TopShop, DKNY, Gucci, Armani, Miss Selfridge, Nike, Old Navy, Victoria Secret , Guess ettccc .. tidak hairan kota Bandung menjadi tumpuan warga Jakarta dan kota lain ke sini untuk membeli belah termasuk rakyat Malaysia, Singapura dan Brunei.
Cikgu2 dan cikgu masak dah penat bershopping :D penat tapi enjoy dan beli banyak2 ada tukang angkut.  Terima kasih Pak Nana..

Bersama pemandu kami, Pak Nana yang menceriakan percutian kami di Bandung.  Banyak ungkapan unik yang kami pelajari dari nya buat kami gelak tak berhenti..

Gigi Satu - Gear Satu
Pahlawan Tanpa Tanda Jasa - Guru
Rumah Korban Lelaki - Hospital Bersalin, kata Pak Nana, perempuankan korbannya laki2 haahaa terguling2 kami gelak.

Jika ke sana lagi kami akan menggunakan khidmat Pak Nana

Nana Supriatna
HP & WA + 6281 802 10 3151
Bandung, Jawa Barat