Hantaran Perkahwinan Afifah dan Arif, terima kasih Norafifah membuat tempahan untuk kedua pihak, dirinya dan suami. Ramai pasangan sekarang menguruskan sendiri tempahan perkahwinan mereka, kebanyakkan yang bekerja memang tidak mempunyai banyak waktu untuk ke sana ke mari mencari hantaran. Jadi sebolehnya mereka mencari satu tempat "one stop centre" yang boleh menyediakan keperluan hantaran yang di kehendaki..
Di dapur K1 menyediakan juadah hantaran dari Kuih, Coklat, Dessert, Kek, Cupcake, minicake, Cookies, Pulut kuning, Bakul Pastry dan pelbagai juadah lain dengan syarat tempahan tersebut mesti lah di buat satu atau 2 bulan lebih awal dari tarikh majlis supaya memudahkan K1 menyediakankan kesemuanya.. Hantaran Afifah bagi pihak suami bertema White & Maroon ..
Manakala hantaran dari pihak suami buat Afifah pula bertema White & Gold..
Terima kasih Norafifah dan Arif, selamat melangsungkan perkahwinan. Selamat Pengantin Baru !