Status tempahan bulan July

Tempahan untuk bulan August telah ditutup(penuh). Untuk makluman kelas atau PJJ sila Whatsapp di 011-60603515. TQ
Saturday, August 01, 2015

Tempahan Bakul Pastry Hantaran - Lisa / Farah



Tempahan Bakul Pastry Hantaran - Lisa / Farah, satu lagi gubahan kreatif yang menjadi trend hantaran masa kini.  Adunan pastri yang diayam seperti bakul kemudian di isi dengan biskut tart nenas berbentuk buah-buahan sesuai di jadikan gift atau pemberian hantaran yang pasti menambat hati penerimanya.

Kedua tempahan bakul pastri ini untuk hantaran pertunangan, K1 mengubah mengikut tema yang di kehendaki pelanggan, tempahan dari Lisa ringkas dengan hiasan bunga gumpaste peach dan oren.

Bakul pastri hantaran Farah pula bertema merah putih dengan lilitan reben di kelilingnya, untuk yang ingin menempah bakul pastri ini, tempahan hendaklah di buat sebulan awal dari tarikh yang di perlukan.  Walaupun nampak ringkas, bakul ini rumit untuk di siapkan.

Harga untuk setiap bakul pastri hantaran RM180 termasuk 60biji tart nenas, bunga gumpaste dan silinder container.
...