Status tempahan bulan July

Tempahan untuk bulan August telah ditutup(penuh). Untuk makluman kelas atau PJJ sila Whatsapp di 011-60603515. TQ
Wednesday, October 01, 2014

Kuih Badak Berendam



Kuih Badak Berendam, satu lagi kuih dari adunan pulut hitam, juga menggunakan adunan yang sama seperti ondeh-ondeh pulut hitam dan kuih koci pulut hitam .. kalau kita lihat kebanyakan kuih muih tradisi berasaskan tepung pulut mempunyai asas yang sama tetapi di hidang dengan cara yang berbeza :D

Kuih Badak Berendam di hidang bersama kuah dari sos santan pekat masin, adunan kuihnya juga seperti kuih koci,  berintikan kelapa parut manis gula melaka, gandingan rasa kenyal, manis dan lemak masin .. Ada banyak lagi kuih muih berasaskan tepung pulut bak kata "sama tetapi tak serupa " cara hidangannya.. Sedikit perbezaan membawa kelainan :D

Resipi :  Kuih Badak Berendam
...