Assalamualaikum semua.. pekabar windu la weh lama sangat berehat..
Sebenarnya K1 tidak menghilangkan diri, berpindah rumah pada bulan puasa kemudian sibuk dengan tempahan raya,, sebulan bulan puasa x ade rest langsung. Berbanyak maaf kepada pengunjung kerana tidak dapat membalas email atau msg di FB, sebulan jugak menunggu sambungan unifi frust betul :( rupanya x ade port unifi di kawasan perumahan K1,, terpaksa bertukar kepada streamyx barulah hari ni K1 dapat berblog hu huu :(
Untuk menghilangkan stress K1 ke pulau Batam selama 3 hari untuk berehat .. jom tengok apa ada kat pulau ni... di minda K1, bayangkan pulaunya seperti Pulau Langkawi :)
Airport Hang Nadim Batam, dari Subang Airport ke Batam mengambil masa 1 jam 20 minit dengan Firefly, dari jendela kapal terbang boleh nampak permandangan pulau Batam di kelilingi pulau-pulau kecil yang cukup indah.. Dari kejauhan boleh nampak Singapore sangat dekat dengannya.
Ini antara tempat-tempat shopping istimewa di Pulau Batam.. Pasar Seken Aviari yang menjual barangan terpakai (second hand) dan antik dari seluruh dunia.. murah-murah belaka kebanyakkan barangan lama yang sukar di perolehi..
Bagi yang gemar bershopping handbag dan kasut berjenama di Nagoya Hill Mall dan Pasar Jodoh terdapat banyak pilihan dengan harga yang sangat rendah.. hui rambang mata di buatnya (*v*)
Barangan Perhiasan dan ukiran Etnik banyak terdapat di Pasar Jodoh..
Keistimewaannya Batam tentunya Budaya dan Makanannya .. yok pekena bakso gunung dan teh botol ermm sedap bakso nya.. fish ballnya sebesar penumbuk ki kii kekenyangan abis semangkuk.. ^__^
Asyik bershopping, tak sedar tiba masa untuk pulang ke KL hu huu tak sempat nak ronda-ronda ke tempat peranginan.. mungkin di kunjungan akan datang ambil lebih masa untuk terokai pulau batam..
Tengok apa K1 bawa balik hee hee.. barangan masak2 ada loyang, acuan kuih dan bekas masak dari rotan dan buluh yang susah nak jumpa kat KL ni.. Okey tunggu kunjungan akan datang bye-bye :)