Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Diari

Bersua Azlita Aziz dan Ummi Zaihadi di Akademi Chef Amer

Assalamualaikum,,
Akhirnya dapat bersua, gembiranya  bukan kepalang dapat berkenalan dengan Azlita Aziz @ Masam Manis dan Ummi Zaihadi @ Home Sweet Home di Akademi Chef Amer di Klang pada 4 Mei 2013 lepas.. walaupun selalu bertegur sapa di blog dan FB tapi inilah kali pertama kami bertemu.  Impian untuk berjumpa kedua blogger masakan tersohor kegemaran K1 akhirnya tercapai.. Alhamdulillah..
Masa menerima undangan dari Ita, K1 macam tak percaya berkali2 baca msg betul ke ni di undang Azlita Aziz? Ohh dear! rupanya memang betul,  K1 memang peminat tegar beliau dan selalu memasang angan-angan untuk berjumpa dengannya suatu hari nanti .. tak sangka angan-angan akhirnya jadi kenyataan.... dan berganda lagi kegembiraan apabila di beritahu yang Ummi Zaihadi juga akan turut serta.. wahhh beruntung sungguh K1..  Kerana tak mau terlepas peluang berjumpa keduanya, K1 menolak semua tempahan pada tarikh tersebut ..gitu lah teruja nya hee hee  dasyat :D besarnya hati K1 ^_____^
Bengkel Sehari Berinspirasi bersama Chef Amer dan SAJI adalah untuk meraikan 15 pemenang-pemenang peraduan Majalah Saji.  hanya kami bertiga saja Bloggers"  bersama pemenang-pemenang peraduan yang datang dari pelbagai negeri, jauh dan dekat.. sungguh seronok dapat turut serta meraikan kemenangan mereka.  Chef pula menyediakan 4 jenis menu berasaskan coklat iaitu Coklat Butterscotch Truffle, Cake Chocolate Temptation Torte,Famous Amer Chocolate Chips Cookies dan Dessert Berry Yogurt cup. wallah! semuanya sedap-sedap belaka, rasa nak guling-guling kat lantai bila dapat merasa kek chef yang super sedap tu.. kata Chef memasak mesti di buat dengan penuh kasih sayang, setiap hidangan yang mendapat sentuhan kasih sayang akan menjadi lebih sempurna.. U r absolutely right Chef!
Menu enak dari product Lebourne,Berry Yogurt Cup, Chocolate Butterscotch Truffle, Cake Chocolate Temptation Torte dan Biskut Famous amer Chocolate Chip Cookies.. nak fengsan! super sedap :D
Beruntung kami semua kerana mendapat ilmu dari Chef yang pakar, memberi tunjuk ajar dari mengenali coklat, memilih bahan berkualiti, teknik membuat coklat dan cara menghias kek dan dessert.. Bengkel bertambah seronok dengan celoteh dan jenaka dari Chef terasa sekejap masa berlalu hingga tak sedar kempat-empat menu dah siap di sediakan.. dah tiba masa untuk mencuba!!  coklat Lebourne memang sedapp :P, hingga menjilat jari..  Oke kek da siap, Chef minta kami semua meneka berat kek ... nak tau siapa pemenangnya hee hee ... tak sangka jawapan nya betul, sebenarnya K1 agak-agak saja.. yeee dapat hadiah satu hamper tajaan Adabi.. Inilah pemenangnya Kak Wan!! today is my lucky day u know..
Di akhir acara, penyampaian sijil akademi dari Chef Amer dan di sampaikan oleh  Pengarang Majalah Rasa, En Noor Joha Ahmad.  Selesai penyerahan sijil, sessi bergambar  bersama Chef Amer, Pengarah Majalah Rasa, Sponsor Adabi dan Lebourne dan pemenang-pemenang peraduan, mana yang mengenali kami, tidak melepaskan peluang bergambar bersama sebagai kenang-kenangan... sebelum pulang, ada buah tangan dari pihak sponsor iaitu dari coklat Leborne, Majalah Saji dan Pelbagai Produk Adabi yang di sediakan oleh sponsor untuk dibawa pulang..  Terima kasih tak terhingga buat pihak penganjur dan Chef Amer.. kepada pemenang-pemenang  peraduan Tahniah kepada anda semua.. gembira dan seronok dapat berkenalan..
K1 juga tidak melepas peluang bergambar kenang-kenangan bersama blogger pujaan, Azlita dan Ummi yang tak mungkin K1 lupakan, ribuan terima di ucapkan kerana sudi mengenali K1, salam ukhwah semoga persahabatan kita semua sentiasa berpanjangan ..  Kalau ada sumur di ladang dapatlah kita menumpang mandi, Jika ada umur yang panjang dapatlah kita berjumpa lagi.. Assalamulaikum
Bergambar kenangan bersama Azlita Aziz dan Ummi Zaihadi, Cayanggg!
 Everybody Can Cook!

Bagi yang berminat untuk mengikuti kelas Chef Amer secara professional bole ke http://blog.chefamer.com/wp/