Cakue / Chinese Cruller / You Tiao,, ini beberapa panggilan untuk kuih (dalam kategori roti goreng), tapi setahu K1 cakue ada 2 jenis satu menggunakan yis (lebih kepada roti goreng) dan satu lagi menggunakan serbuk ammonia, pengembang kuih seperti soda bikabonat.
Penggunaan ammonia karbonat dalam resipi (bukan zinc ammonia yeaa..) jarang di gunakan kerana mempunyai bau yang kuat, tetapi bau ini akan hilang bila terkena panas. Memberi tekstur garing, liat dan ranggup pada cakue juga tidak cepat lembut seperti cakue yang menggunakan yis.. resipi ni sesuai untuk hidangan chinese rojak ranggup di bakar garing :D