Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]

Ulang Tahun Ke2 Citarasawan dan Cerita Lucu Biskut Tembikai ...

Adehhh dah terlupa 10hb August adalah Ulang tahun ke2 blog citarasawan dan blog resipicitarasawan... Alhamdulillah walaupun sibuk dah jarang-jarang update ada 6K fan yang sukakan apa yang ada di Citarasawan dan Resipicitarasawan.  Gembira dapat berkongsi info dunia masakan dengan kalian semua.  Jutaan terima kasih muah muahh... dan kepada yang meninggalkan komen,  thousand appologies K1 belum sempat nak membalasnya lagi..




Terima kasih tak terhingga kepada pengunjung blog yang sentiasa mendoakan  K1 dimurahkan  rezeki,  mudah-mudahan yang mendoakan K1 juga mendapat keberkatan berkali ganda dari Allah swt.. K1 terharu sesangatt...

Seperti biasa, setiap tahun K1 akan mencuba resipi-resipi biskut raye yang baru dan  upgrade kan (naik taraf)  resipi-resipi yang lama supaya lebih baik dan enakk lagi, Jadi sentiasalah mengikuti perkembangan resipi-resipi terkini dari dapur K1 yaa ... dah cuba ? jika belum K1 ada lebih dari seratus resipi biskut untuk di cuba dan di nikmati di hari lembaran nanti..


Cubalah yang mana satu atau kesemuanya ... ;D


Nak tau kukis yang paling susah di buat ? hee hee jawapan nya biskut tembikai dan biskut dam ... ermm yang bercadang nak buat kedua jenis biskut ni mestilah  simpan  extra power  haaa haa kalau tak baik beli aje dan ini pula cerita lucu biskut tembikai dari dapur Azlita Aziz yang hampir putus semua urat saraf nak menghabiskan satu adunan biskut.. hee hee tergelak sakan K1 baca stori Azlita yang kelakar ni,, memang biskut ini susah nak buat walaupun bahannya mudah.. Apapun Tahniah Azlita dan kepada sesiapa yang dah cuba kerana telah berjaya mengharungi cabaran Biskut Tembikai.. heee heee K1 pun sempot kalau wat biskut ni..

Akhir kata tapi bukan yang terakhir "Selamat Berpuasa" dan bergembiralah menyediakan kukis-kukis yang enak dari dapur  K1, tapi jangan tertidur lak tunggu biskut masak nanti rentung sume biskut tu.. terima kasih  dan selamat melayari blog citarasawan dan resipicitarawan .. : D muah-muah... Salam Sayang"