Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Diari

Sekitar Majlis Perkahwinan Anak Perempuan - 28 Mei 2011 Saloma Bistro


Gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan anak perempuan K1, Nur Amirah dan pasangannya Kameral Putra Arnadi pada 28hb Mei 2011.   Pada 27hb Mei, majlis akad nikah di masjid Batu Caves, kemudian di susuli dengan kenduri di rumah.  Alhamdullilah selamat di ijab kabul sebagai suami isteri.



Hantaran untuk Amer dan Amirah digubah oleh Jemari Kreatif.


Pelamin ala-ala Bali Moden disediakan oleh Mas Ayu  atas permintaan anak yang nakkan pelamin yang serba ringkas.


Meja undangan yang dipetik dari nama-nama dari filem P.Ramlee, antaranya meja "Ibu Mertua Ku"  haa haa sapa yang dok kat meja tuu..


Ketibaan pengantin lelaki dengan 30buah motosikal berkuasa tinggi mengamatkan perkarangan Saloma.


Menyambut ketibaan pengantin lelaki (tersenyum lebar menantu akak ni...) kemudian di arak masuk ke dewan oleh dayang-dayang ...


Majlis persandingan dan doa selamat dan restu kami untuk anak-anak, gembira dan terharu pun ada...


Persembahan lagu dari Aril AF7 untuk kawannya yang naik pelamin.. Aiks Aril nyanyi ke tidur kat pelamin tu Ohhw hoo  nyanyi,, ingatkan tertidur hee hee..



Sambil dihiburkan oleh Aril, para tetamu menikmati hidangan,,, macehh Jue Aziz, Amar Bahrin, Aril, Sabrina Ali dan keluarga kerana sudi datang ke majlis ...


Dewan riuh rendah dengan jenaka Along dan Zurina, anak sedara yang dilantik menjadi MC malam tu .. sampai tersasul-sasul ..


Acara akhir, potong kek 8 tingkat.. yang paling bawah jee kek betul yang lain tu dummy kek hee hee.. memang teringin nak buat sendiri kek kawin anak tpi aduhh tak larat.. di sediakan oleh pihak Saloma.


Alhamdullilah acara persandingan anak perempuan berjalan lancar walaupun tidak begitu sempurna maklumlah ini anak pertama K1 yang berkahwin,,  terima kasih kepada jemputan yang hadir, saudara mara sebelah pihak Amer yang datang dari Padang, Kalimantan dan Medan.


Iringi doa supaya anak-anak bahagia selalu, sayang menyayangi dan kekal ke akhir hayat..  Amin, Amin..