Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Kek Lapis

Petua dan Panduan Membuat Kek Lapis


Petua Membakar dan Mengukus Kek Lapis

Membakar
Untuk kek lapis bakar, guna ketuhar yang mempunyai fungsi gril iaitu api atas kerana ia di masak selapis demi selapis.  Panaskan ketuhar eletrik (api atas dan bawah) selama 15minit pada suhu 150C - 160C sebelum di gunakan.  Jika kek cepat hangus, kurangkan suhunya.  

Kek lapis di bakar selapis demi selapis, oleh itu ia hanya memerlukan masa antara 7-10 minit untu masak bagaimanapun ia bergantung pada jenis ketuhar yang di gunakan, lagi kecil lagi cepat masaknya.  Pastikan setiap lapisan kek berwarna perang tua baru di keluarkan dari ketuhar.

Mengukus
Untuk kek lapis yang di kukus, isikan 3/4 penuh air dalam kukusan dan didihkan dahulu sebelum memasukkan adunan kek ke dalamnya.  Kukus selama 10-15 minit.  Tutup dengan aluminium foil atau kain nipis setiap kali mengukus supaya wap air tidak menitik ke atas kek dan merosakanya.  Pastikan air kukusan di periksa selepas 1/2 jam dan jika kurang tambahkan dengan air panas.

Panduan dan Tips

1.  Setiap lapisan yang telah masak hendaklah di padatkan dengan alat penekan atau belakang gelas untuk menghilangkan gelembung udara yang terperangkap yang menyebabkan permukaan lapisan kek tidak rata.


2.  Lapisan pertama kek mesti di bakar dengan api atas dan bawah manakalah lapisan kek yang kedua dan seterusnya di bakar dengan api atas sahaja.  Api atas jangan terlalu panas kerana permukaan akan cepat hangus.

3.  Permukaan lapisan kek di bakar hingga perang tua supaya lapisnya jelas kelihatan apabila di potong.

4.  Untuk mengelakkan lapisan kek menjadi kering, sapu menggunakan brush campuran 3 sdm mentega dan 2 sdm susu pekat manis di permukaan setiap lapisan kek yang telah masak.  Bagi kek yang menggunakan ovalette tidak perlu disapu dengan campuran ini.



5.  Kek yang telah siap di bakar atau di kukus hendaklah dibiarkan sejuk dalam loyang pembakar selama 30 minit sebelum dikeluarkan.  Balut dengan kertas aluminium dan simpan dalam bekas kedap udara sebelum di masukkan ke dalam peti sejuk.  Kek lapis tahan selama sebulan di dalam peti sejuk.



8 Comments

  1. Uuuuummmm kue lapis, yang paling bagus dari seluruh dunia.
    Waktu saya ke Jakarta, selalu saya sarapan kue lapis (pakai atau tampa plum) sama kopi susu.
    Salam kenal

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikumwbh Kak wan....
    Mestiiiii syiiibuk kan? Apapun Ayu nak wish Salam Eid and mohon maap zahir batin yer kak wan. Ada kad utk kak wan and sudi2kanlah pick up kat dapur Ayu yang kecillll tu...heeeeeeee!! Hati2 kat dapur dear...

    Terima kasih for the tips!!

    ReplyDelete
  3. Gildo Kaldorana@salam kenal jugaa.. ohh kat sana buat sarapan yea.. tpi kat M'sia kuih lapis biasa di hidang ketika raya aje..

    ReplyDelete
  4. Ayu Safieza@mekasih yea kasi kad raya kat kak wan nti kak wan gi ambik sambil tu ayu masak la apa yang patut sb kak wan nak ke umah ni.. buka puasa hee hee..

    ReplyDelete
  5. Askum, nak tanya kalau nak buat kek lapis keju strawberi, tak pakai filling boleh tak? gantikan dengan jem? harap puan dapat bantu saya segera....TQ

    ReplyDelete
  6. boleh,,, jem strawberi dan filing strawberi lebih kurang saja cuma jem lebih manis dan kasar...

    ReplyDelete
  7. TQ puan...Saya ni first time nak cuba buat kek lapis keju..takut tak jadi..pernah buat kek lapis biasa tapi dia jadi mcm keras..tak tau kenapa...rasanya kedai tu jual tepung tipu...tepung timbang ni kadang kala kena tipu...boleh tak saya pakai tepung pau blue key tu puan?

    ReplyDelete
  8. Lagi satu puan saya nak tanya kalau kita kurangkan sukatan susu tu boleh tak? ada resepi yang nak kena pakai sampai satu tun..mcm manis sangat la..tak terjejas ke kelembapan kek tu puan?

    ReplyDelete