Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
GengMasak

Blog masakan : Alkiram.net

Jelajah Sumber Resipi Dan Tips Terhebat Suesofieyya Seantero Malaysia @Alkiram.net

Entri kali ini paling istimewa kerana datangnya dari sifoo kakwan (bukan sifoo masak jer..)  iaitu Alkiram.net dan penulisnya  yang amat kakwan kagumi, Suesofieyya@Soulha dari Cairo.  Teruja dan terkejut jugalah bila sifoo yang promote blog citarasawan yang baru setahun jagung ni.. Jadi kat sini kakwan nak kongsikan dengan blogger-blogger yang lain mengenai sifoo kakwan yang hebat ini....

Cerita panjang sikit tentang Suesofieyya yang merupakan seorang penulis dan online trainer yang hebat dan baikhati, beliau banyak memberi sumbangan khidmat sosial secara percuma yang jarang di lakukan oleh orang lain.   Pertama kali kakwan melayari Alkiram.net adalah mencari info tentang dunia perniagaan,  baru nak belajar buat bisnes katakan.. tetapi bila dah lihat semua artikel-artikel di dalamnya,,  kakwan begitu kagum dengan artikel kemasyarakat dan keagamaan yang di tulis oleh Suesofieyaa dan artikel-artikel yang lain.  Kakwan dapati Alkiram.net merupakan komuniti khidmat sosial dan pusat rujukan sumber dan maklumat dalam talian.  

Alkiram.net mengandungi banyak artikel-artikel kemasyarakatan, kekeluargaan, keagaamaan, pembangunan wanita dan keibubapaan, sebagai sumber rujukan resipi dengan tips, dunia perniagaan dan juga kehidupan.   Nak buat bisnes?, cari resipi, tips dan langkah?,  cari buku adan novel atau sebagai bahan bacaan  dalam talian? semuanya ada di sini.  Bagi yang pernah mengunjungi Alkiram.net tentu bersetuju dengan kakwan yang Alkiram.net merangkumi "Semua dalam Satu" dan harus di kunjungi.

Secara peribadi,  Kakwan kagumi usaha-usaha murni Suesofieyya dalam Alkiram.net, juga memberi banyak inspirasi dan idea pada kakwan yang mana telah kakwan kongsikan dalam blog citarasawan mengenai langkah dan tips-tips dalam masakan, memanglah  hasrat tu nak menjadi setanding Alkiram.. (jangan mare Sue..) tapi apakan daya... kakwan tak der bakat menjadi penulis hee hee...



Berikan sokongan dan kongsikan dengan yang lain  > Alkiram.net
Tulisan Sue mengenai citarasawan > Link

Berbanyak terima kasih, teruskan usaha murni Sue.. Wassalam,,

Post a Comment