Status tempahan bulan July

Tempahan untuk bulan August telah ditutup(penuh). Untuk makluman kelas atau PJJ sila Whatsapp di 011-60603515. TQ
Sunday, June 27, 2010

Kuih Lompat Tikam


 
Kuih lompat tikam sentiasa mendapat tempat bagi pengemar kuih tempatan,, Gandingan tepung beras, santan dan pandan, di sirami pula sirap gula melaka... jika suka gandingkan pula dengan pulut kukus berwarna merah ermmm enaknya...

Dari segi rasa, kuih ini seakan kuih talam pandan dan tepung pelita, ada sedikit perbezaan saja tapi ketiga-tiganya akak suka... resipi ini kak wan mengukusnya seperti kuih talam pandan supaya lapisan santan di atasnya menjadi kental dan berlapis tetapi puan boleh memasaknya terus dari dapur tanpa perlu mengukusnya.  Cara ini sebagaimana memakan pudding dengan sos (sos santan) terpulanglah bagaimana caranya.. yang penting tanyalah citarasa selera ...



...