Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Koleksi Masakan Terbaik Citarasawan

Halal Mooncake Citarasawan atau Kuih Bulan


Halal Mooncake Citarasawan atau di kenali sebagai Kuih Bulan merupakan sejenis kuih atau dessert kaum Cina untuk meraikan perayaan Mooncake Festival yang di adakan setiap tahun mulai petengahan bulan Ogos hingga September.

Disini, Kak Wan tidak akan bercerita tentang sejarah asal usulnya ya nanti panjang sangat nak cerita dari Dinasti ke Dinasti :D  tetapi tentang kecantikannya, keunikan, rasa dan macamana mooncake atau kuih bulan di buat :)

Mooncake atau Kuih bulan, kuih tradisi masyarakat Cina untuk perayaan ini mula di minati dan di sukai oleh lain lain bangsa di Malaysia, kalau dulu orang islam berasa was-was nak mencubanya kerana kuatir di buat dengan bahan-bahan yang tidak halal.  Sekarang semua orang boleh menikmatinya kerana banyak yang halal telah di buat oleh orang muslim.

Kuih bulan sangat ringkas dan unik kerana mempunyai cetakan pelbagai motif huruf cina, bunga-bungaan dan patern yang menarik, dan sekarang ada bermacam jenis cetakan seperti kartun, buahan-buahan yang mana cetakan dan intinya mula berubah mengikut arus zaman.  

Inti Kuih Bulan tradisi diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai (Lotus) dengan kuning telur masin di bungkus di dalamnya.  Inti kemudian akan di bungkus dengan kulit kemudian di cetak dengan mold mooncake yang mempunyai pelbagai bentuk yang menarik.  Apabila di potong, gambaran bulan yang kekuningan terlihat di dalamnya.

Selain dari inti Lotus, ada pelbagai jenis inti yang sangat sedap seperti Durian, Kaya Pandan, Kacang Hijau malah inti Keju, Coklat dan pelbagai jenis manisan kekacang yang rangup juga boleh di dapati.  Kulitnya pula di adun dari tepung halus atau tepung Hong Kong, golden sirap, air abu dan minyak jagung.  Kulitnya keras sewaktu mula di keluarkan dari oven tetapi selepas di biarkan 2-3 hari kulitnya akan menjadi lembut dan halus apabila minyak dari kulit mula keluar dan ketika ini ia telah sebati, sangat lembut dan enak.

Selain dari Mooncake tradisi yang di cetak dan di bakar, ada 2 jenis lagi mooncake iaitu Thousand Layer Mooncake atau di kenali juga Spiral Mooncake yang mempunyai pastri rapuh yang berlapis-lapis, mooncake ini tidak di cetak tetapi pastrynya di canai beberapa kali menjadikan kulitnya berlapis-lapis dan rangup di makan ..
Manakala Snowskin Mooncake pula dikukus yang menyamai kuih mochi Jepun yang lembut dan mulus.  Mooncake ini enak di makan dingin.
Halal Mooncake Citarasawan atau Kuih Bulan