Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
HAPPY 10th BLOGGERSARY CITARASAWAN / RESIPICITARASAWAN

HAPPY 10th BLOGGERSARY CITARASAWAN / RESIPICITARASAWAN

HAPPY 10th BLOGGERSARY CITARASAWAN / RESIPICITARASAWAN, kedua blog kesayangan K1 sudah pun mencapai usia 10 tahun dari 2008 - 2018.  Alhamdullilah syukur pada Allah kerana K1 masih mampu memasak dan menulis resipi .. 

Bermula dengan minat memasak suka-suka, hobi mengumpul resipi, mencuba pelbagai resipi dan berkongsi di media sosial apa yang K1 masak setiap hari, setakat ini telah mencapai 5K resipi yang telah ditulis dari resipi masakan nusantara, timur dan barat, dessert, kuih muih, kek, biskut dan minuman telah di simpan di blog Resipicitarasawan.  Mungkin anak cucu K1 pun dapat mencuba resipi2 yang Tok Wannya kumpulkan  :D
Sepanjang 10 tahun berblog banyak kenangan manis, terutama dapat mengenali dan berkerjasama dengan beberapa Chef Tersohor Malaysia, memenangi beberapa pertandingan memasak yang K1 tak pernah terfikir pun,  itulah tuah ayam di kaki tuah K1 di kuali :D
Ramai yang salah anggap yang K1 ni seorang Chef, bukan ye K1 seorang blogger masakan, suri rumah yang seronok memasak, kalau tak masak boleh deman, bercerita tentang keenakan masakan, lepas masak minat ambil gambar, food photography dan lepas tu buat food styling, satu kepuasan bila masakan yang di masak di hias secantik mungkin kemudian di abadikan ke dalam blog kesayangan supaya yang lain juga turut sama mendapat manafaat dan inspirasi darinya .. Sebetulnya ia satu hobi yang memenatkan tapi bila sudah minat segalanya tidak menjadi halangan.
Doakan K1 supaya sentiasa sihat dan dapat meneruskan perkongsian resipi di blog ini ye dan akhir kata Salam Kesayangan dari K1 :D