Cookie [false/7]

Our website uses cookies to improve your experience.

Contact Form

Dark mode Logo

Dark mode Logo

Default Image

timeago

Related Posts

×
ticker[recent/5]
Kek

Pastry Fruits Cake / Cupcake - Kek Viral 2018


Pastry Fruits Cake / Cupcake - Kek Viral 2018, kek ini sudah popular sejak 10 tahun lepas dan telah di kongsi dan di cuba oleh ramai blogger-blogger masakan, tetapi masa tu tidaklah sebegitu popular seperti sekarang sehingga menjadi kek viral 2018.

Kek mempunyai rasa seperti kek mentega dengan penambahan hirisan buah-buahan citrus di atasnya jadikan kek ini nampak lebih menarik, dan mempunyai rasa masam manis buah-buahan citrus.  Boleh di jadikan kek atau cupcake, oleh sebab tak tahu nak buat versi mana dulu, jadi kak wan buat kedua-duanya sekali,, Versi cake dan cupcake.

Kek Pastry Fruits Cake juga enak di makan begitu saja atau di tabur crumble di atasnya.  Oleh kerana kek ini mempunyai buah-buahan segar, ia juga enak di hidang bersama sos vanilla, sepertimana hidangan bread pudding,  jika bersama sos ia lebih enak di hidang dingin.

Berikut Kak Wan kongsikan tips untuk mengelakkkan buah-buahan dari tenggelam setelah di bakar :

TIPS
  1. Mengaul buah dengan gula akan menyebabkan buah berair dan hilang bentuk apabila di bakar.
  2. Setelah masukkan adunan, hentakkan loyang sebanyak 3 @ 4 kali,  Supaya tiada ruang udara di dalam.  Kemudian baru susun buah-buahan.
  3. Buah dalam tin hendaklah di toskan airnya dan keringkan di atas tisu dapur supaya tidak berair.
  4. Hiris buah tebal sedikit supaya tidak tenggelam.
  5. Jangan bakar hingga permukaan kek terlalu perang kerana kek akan menjadi keras.
Pastry Fruits Cake / Cupcake - Kek Viral 2018