Tuesday, June 19, 2018

Kek Buah Kukus Terbaik



Kek Buah Kukus Terbaik, tak lengkap hidangan Hari Raya tanpa kek buah kukus, tahun-tahun sebelumnya mak mertua kak wan Hjh Rahmah akan menyediakan kek kukus buahnya yang sangat sedap hingga berebut makan :D  kalau buat sebiji memang tak cukup, pagi raya dah habis di makan keluarga tak sempat pun nak hidang pada tetamu..

Sejak mak mertua kurang sihat, Kak Wan pula mengambil alih tugas membuat kek buah kukus, kek ni wajib ada setiap kali raya.. kalau tak ada haa ramai yang frust terutama suami dan bapa mertua :) Cerita pasal Kek buah kukus kebanyakkan resipinya hampir sama cuma berbeza sukatan gula, buah atau tepung yang di gunakan..
Membuat kek buah kukus ni pun sangat mudah, tak perlu adun dengan mixer, hanya masak gula hingga menjadi karamel dan rebus buah-buah kering hingga lembut dan campurkan tepung dan serbuk buah pala, bagi mendapatkan rasa harum kek buah dulu-dulu, serbuk buah pala wajik di masukkan ke dalam adunan untuk membangkitkan lagi rasa buah dan karamel.  
Bagi yang tak suka manis, boleh cuci dahulu buah-buah kering tu untuk mengurangkan kemanisannya dan di toskan hingga buahnya kering supaya kek lebih tahan lama.  Lebih lama di kukus lebih moist keknya.. kekal lembab dan lembut,  ramai yang tanya berapa lama kek ni boleh tahan ... ermm kek ni tahan 2 jam je tak sempat pun nak simpan dah habis di makan ..:D .. Jika nak simpan lama, bungkus dengan aluminium foil dan wrap dengan plastik wrap boleh di simpan di tempat beku, bila nak makan kukus semula atau biarkan saja pada suhu bilik,, oke selamat mencuba resipi Kek Buah Kukus Terbaik ni :D

...