Menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri (◡‿◡✿)

Kepada yang pulang ke kampung halaman, sila pandu dengan cermat dan berhati-hati. kakwan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca blog kerana sudi datang mencuba resepi dan membuat tempahan. Terima kasih :)
Sunday, March 12, 2017

Tempahan Gubahan Hantaran Pulut Manis dan Wajik - Manggis dan Strawberry



Tempahan Gubahan Hantaran Pulut Manis dan Wajik - Manggis dan Strawberry, teringat K1 zaman dulu-dulu gubahan pertunangan dan pernikahan seperti inilah yang kita dapat.  Wajik di bungkus dalam kertas warna ungu dan di bentuk menjadi buah manggis atau pulut manis berwarna merah yang di isi dalam plastik jernih dan berbentuk seperti buah strawberry.  Ada juga dalam bentuk buah labu, bawang putih dan lain-lain.  Tapi sayangnya gubahan seperti ini mula di lupakan, walhal ianya sangat cantik di jadikan hantaran.


Berbalik pada trend gubahan wajik sekarang, ramai yang lebih berminat dengan gubahan wajik bentuk kek atau kek wajik, yang di gubah menyerupai kek dan di hias dengan bunga-bunga gumpaste, walaupun ia menarik tetapi nilai tradisi nya makin menghilang,


Gubahan wajik dan pulut manis bentuk buah manggis dan strawberry gubahan tradisi.
...