728x90 AdSpace

Hai, Apa khabar :D
Blogger Citarasawan
tempat kakwan berkongsi tips, idea dan tempahan
Saturday, December 19, 2015

Brownies - Azian

Brownies - Azian, lama betul K1 tak buat brownies, haah sekali buat 10biji untuk jamuan di pejabat. Lima jenis brownies yang sangat enak, pelbagai gandingan dari keju, biskut oreo dan cream, coklat chips, kekacang dan brownies klasik..

Espresso Brownies, gandingan coklat yang serasi bersama rasa coffee espresso yang klasik serta gandingan cream keju yang lunak..
Strawberry Cream Oreo Brownies dengan taburan kepingan oreo strawberry yang sangat yummy, cruncy bila di gigit, cream strawberry yang wangi semerbak, coklat compound berkualiti yang lazat.. walla enaknya tak terkata :D
Bagi yang mengemari brownies plain pula, brownies klasik seperti Chewy Goowey Brownies adalah pilihan terbaik, walaupun tanpa gandingan dengan lain-lain bahan, kekacang badam panggang yang ranggup sudah memadai untuk menikmati brownies bercoklat yang sangat enak ini. Bahagian permukaan atas brownies, garing dan retak dan di dalamnya lembab dan lembut.. Walla!
Ini pula Chocolate Fudge Brownies atau lebih popular dengan nama barunya Brownies Kedut,, permukaanya berkedut-kedut, tetapi kekal lembut dan lembab di dalam.  Di limpahi taburan choc chips yang lazat..

Walnut Cheese Brownies, rasa lengkap untuk pengemar coklat, kekacang dan keju.  Dasar brownies yang bercoklat dengan cincangan walnut ranggup serta permukaan atas yang lembab berkrim dengan lapisan keju dan taburan kekacang walnut dan coklat chips,,
Akhir sekali kredit buat photographer cilik, Adam , diam-diam beratus keping gambar yang di ambilnya guna hphone, tak sangka berbakat juga cucunda Tok Wan ni :D
...
Please enable JavaScript!
Sila hidupkan Javascript!